KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Ahad, 12 September 2010

RUMAH TERBUKA & HIMPUNAN ANAK MUDA DI PERANTAUAN MERIAH DiPENUH TETAMU

Jengka- 12 September/3 Syawal- Buat julung kalinya Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang menganjurkan majlis sambutan Aidilfitri iaitu Rumah Terbuka & Himpunan Anak Muda Di Perantauan.

Majlis yang penuh meriah dan gilang gemilang itu telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Simpang utama, jalan besar Jengka 15.

Para urusetia pula mula sibuk dengan persiapan sejak 10 pagi Sabtu lagi menhambung tugas masing-masing pada pagi tadi sekitar jam 7 pagi.

Dewan Pemuda Negeri Pahang dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, Nisa Kuala Krau dan Jawatankuasa PAS Cawangan Jengka 15 telah mula beroperasi bagi menjalankan gerakk kerja sempena majlis ini bermula Ramadhan lagi.

Tetamu-tetamu mula mengunjungi dan memenuhkan kerusi bermula sekitar jam 9.30 pagi bagi mengikuti majlis seperti mana yang telah di aturkan.

Tetamu VIP yang hadir...

Sebelum majlis dimulakan, program ini telah diceriakan oleh DJ yang diundang khas untuk memeriahkan lagi majlis pada kali ini. Setelah tetamu mula memenuhi tempat duduk masing-masing dan tetamu VIP juga telah sampai, maka majlis ini dimulakan.

Setelah ucapan aluan dariapa Us Aris Fezol, maka beliau mempersilakan Ucapan pertama dari Pengarah Program Al-Fadhil Us Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau yang telah menjadi tuan rumah.
Ucapan Us Shahril Azman, Us Suhaimi &
Ucaptama Dato' Us Tuan Ibrahim Tuan Man


Kemudian majlis diteruskan lagi dengan ucapan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Suhaimi Saad. Beliau mengalu-alukan kehadiran para tetamu ke rumah terbuka DPPNP buat julung kali ini dan sentiasa mengharapkan agar anak-anak muda supaya dapat membantu dalam merealisasikan matlamat perjuangan Islam di negeri Pahang Khususnya dan Malaysia amnya.

Para tetamu muslimat yang hadir....

Para tetamu muslimin yang hadir....

Setelah itu pengerusi telah memaklumkan kepada tetamu bahawa setiap dari mereka yang hadir supaya mendaftarkan diri serta mengambil pamplet dan kerana cabutan bertuah akan diadakan sebelum berkahir majlis. Tetamu juga dipersilakan untuk mengisi borang ANAK di kaunter pendaftaran.

Kemudian pengerusi mempersilakan Dato' Us Tuan Ibrahim Tuan Man untuk menyempurna- kan ucaptama seterusnya merasmikan majlis rumah terbuka ini. Beliau dengan penuh bersemangat mengalu-alukan khadiran tetamu ke kawasan Jengka. Beliau juga sentiasa mengingatkan kepada anak muda bahawa tanggungjawab mereka cukap besar dalam pembangunan negara.

Di samping itu, dalam ucapannya juga beliau memberitahu bahawa golongan muda mesti menjadi agen perubahan masyarakat Melayu Islam di negara ini. Anak mudalah yang akan mewarisi tampuk pemerintahan serta kepimpinan masa depan. Tenaga anak muda diperlukan bagi menjamin kesejahteraan masyarakat Islam di malaysia.

Selian itu beliau menambah bahawa di dalam pilihanraya juga golongan muda diperlukan bagi memastikan perjuangan Islam menjadi pilihan utama. Anak muda di perantauan mesti pulang bukan hanya pada hari raya, bahkan pada hari pilihanraya bagi memenangan perjuangan Islam.

Setelah selesai ucapan perasmian tadi maka, pengerusi mempersilakan para tetamu untuk mrnjamu selera dan dalam masa yang sama majlis telah di sambung dengan telatah DJ jemputan serya artis undangan Qamarul Raihan dengan dendangan beberapa buah lagu nasyid.

Penyampaian duit raya kepada kanak-kanak yang hadir...

Dalam pada itu juga, kanak-kanak yang hadir juga telah disediakan duit raya bagi mereka. duit raya yang disediakan oleh DPPNP itu telah di sampaikan oleh Dato' Tuan Ibrahim, Us Suhaimi dan Us Shahril Azman. Sekitar 500 orang kanak-kanak telah menerima duit raya tersebut.

Penyampaian hadiah nombor cabutan bertuah..

Kemudian para VIP telah membuat cabutan nombor bertuah. Sekitar 25 hadiah telah disediakan bagi mereka yang terpilih degan memiliki nomber bertuah.

Suasana ketika majlis jamuan ..

Petugas membakar sate dari Pemuda Kerdau ..

Tetamu VIP menikmati jamuan...

Dato Tuan sempat bertemu dan beramah mesra dengan tetamu yang hadir...

Turut hadir BalaSubramaniam - Pengerusi Dewan Kelab Penyokong PAS

Khemah dibanjiri dengan tetamu sehingga ada yang terpaksa berdiri...

Khemah dibanjiri dengan tetamu sehingga ada yang terpaksa berdiri...

Urusetia pendaftaran...Kaunter ANAK dan SPR..

Khemah dibanjiri dengan tetamu...

Sekitar jam 12 tengahari majlis rumah terbuka ini selesai. Para tetamu mula bernasur-ansur pulang. Mereka pulang dengan beberapa helai risalah, maklumat serta amanat dan yang pasti kekenyangan. Pata VIP juga turut meninggalkan majlis.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau sebagai tuan rumah memohon maaf andai terdapat kekurangan dalam mengendalikan program rumah terbuka ini.

Pihak urusetia juga mengucapkan sekalung penghargaan kepada tetamu VIP yang sudi hadir, tetamu-tetamu yang hadir bagi memeriahikan rumah terbuka ini, terbuka ini, tidak lupa buat petugas-petugas masak memasak, minuman persiapan dan perhiasan tempat, penyediaan makanan yang terdiri daripada Dewan pemuda PAS Pahang, Dewan Pemuda Pas Kaw. Kuala Krau, Nisa' Kuala Krau, Pemuda Pas Cawangan Jengka 15, PAS cawangan Jengka 15 dan semua yang terlibat secara langsung atau tidak dalam menjayakan RUMAH TERBUKA & HIMPUNAN ANAK MUDA DI PERANTAUAN pada kali ini.

"Menangisi Pemergian, Meraikan Kejayaan - Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...