Saya Shahril Azman bin Abd Halim al-Hafiz mewakili Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang dan Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau amat kecewa dan membantah sekeras-kerasnya cara sambutan Aidil Fitri yang dianjurkan oleh Ahli Parlimen Bera, merangkap Menteri KPDNK dan juga merangkap Ahli Majlis Tertinggi UMNO pada 19 September 2010 di Laman Kerayong, Parlimen Bera Pahang.
Program yang berbentuk hiburan itu menampilkan wanita-wanita yang berpakaian ketat dan seksi berjoget, menari meraikan kesyukuran sempena menyambut kedatangan Syawal yang mulia ini. Manakala MP Ismail Sabri sendiri menari dan menyanyi berduet dengan seorang perempuan yang tidak segan silu mendedahkan auratnya di hadapan khalayak ramai.
Bagaimana seorang muslim yang bergelar pemimpin dan wakil rakyat sanggup melakukan perbuatan terkutuk di sisi syariat Allah, adakah beliau menganggap bahawa penganjuran maksiat itu tidak salah di sisi Islam?!, adakah beliau sudah merujuk ulama?! adakah beliau merasakan bahawa persoalan dosa itu hanya perkara remeh-temeh?! adakah beliau sedar bahawa seorang muslim apabila menyambut hari raya hendaklah membesar dan mengagungkan Allah SWT dengan erti kata mentaati, mendahulukan dan mengutamakan arahan Allah dalam semua perkara mengatasi kehendak dan keperluan yang lain?! sebagaimana firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud " Hendaklah kamu sempurnakan bilangan puasa kamu dan hendaklah kamu bertakbir membesarkan Allah di atas hidayah petunjukNya kepada kamu supaya kamu bersyukur ".
Hairan!!! Dalam keadaan maksiat terlalu banyak sehingga sukar dibendung, berlakunya penzinaan setiap hari, kelahiran anak luar nikah yang sentiasa meningkat setiap hari, pembuangan dan pembunuhan bayi yang tidak berdosa berlaku di seluruh negeri, gejala sosial yang sangat keritikal dan pergaulan bebas yang sangat membimbangkan, khususnya di kalangan orang melayu beragama Islam...NAMUN apa yang berlaku itu sidikitpun tidak memberi kesan dan meresahkan MP berkenaan, tanpa rasa malu dan takutkan Allah beliau tetap menganjurkan program yang boleh menimbulkan keghairahan di kalangan generasi muda seterusnya boleh membawa kepada zina, sedangkan Allah menjelaskan secara nyata di dalam al-Quran supaya jangan menghampiri perkara yang boleh membawa kepada zina, firmanNya dalam surah al-Isra` ayat 32: " Jangan kamu hampiri perkara yang boleh membawa kepada zina, kerana sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan seburuk-buruk jalan ".
Seorang pemimpin sewajibnya mendidik dan membimbing masyarakat ke jalan yang diredhoi Allah supaya berjaya di dunia dan di akhirat, BUKANNYA mendidik dan mengajar rakyat ke jalan yang dimurkai Allah.
Justeru itu, saya menyeru kepada generasi muda dan lama agar menolak mana-mana pemimpin yang tidak taatkan perintah Allah, pemimpin yang merosakkan masa depan anak-anak muda mudi masa kini. Agar kita dipimpin oleh pemimpin yang bertaqwa, kerana pemimpin yang bertaqwa akan melahirkan generasi yang bertaqwa sebagaimana yang dinyatakan oleh para hukama` " Kehidupan masyarakat terbentuk dengan corak kehidupan pemimpinnya ".
SHAHRIL AZMAN ABDUL HALIM
Timbalan Ketua Pemuda PAS Pahang
Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau
GALERI GAMBAR-GAMBAR RUMAH TERBUKA INI :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan