KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sabtu, 17 Oktober 2009

Pahang diminta segera bayar saman, elak bebankan rakyat

KUALA LUMPUR, 16 Okt: Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man meminta kerajaan Pahang membayar segera saman berjumlah RM65 juta kepada syarikat pembalakan Seruan Gemilang Makmur (SGM) bagi mengelakkan wang rakyat terus dikorbankan.

Beliau berkata, sikap kerajaan yang melengah-lengahkan bayaran saman tersebut sejak sekian lama akan mendatangkan lebih banyak masalah kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan seperti yang diputuskan mahkamah.

"Saya harap kerajaan negeri menyelesaikan kes ini dengan menjelaskan hutang yang tertangguh kerana jika kerajaan lambat memjelaskannya, kadar interest (faedah) sebanyak RM8, 000 terus berjalan," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.

Mahkamah Rayuan Putrajaya minggu lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuantan pada 2007 yang mengarahkan kerajaan negeri membayar saman kepada SGM kerana melanggar perjanjian pemberian konsesi pembalakan di kawasan seluas 4,000 hektar di Mukim Bebar, Pekan.

Mahkamah Tinggi Kuantan pada 25 Mei 2007 mengeluarkan satu perintah kepada kerajaan negeri supaya membayar ganti rugi berjumlah RM37, 127, 471.60 kepada SGM dengan kadar faedah 8 peratus setahun mulai Disember 2000 (jumlah keseluruhan RM60juta).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob bagaimanapun memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi bagi menangguhkan keputusan mahkamah itu namun gagal dalam rayuannya.

Sehingga 7 April 2008, pihak defendan (Adnan dan kerajaan negeri) gagal membuat sebarang bayaran ataupun menghubungi SGM menyebabkan kedua-duanya dianggap melanggar dan menghina keputusan mahkamah.

Seterusnya pada 20 April 2008 Mahkamah Tinggi mengeluarkan perintah mandamus (perintah akur bayar) terhadap Adnan dan kerajaan negeri bagi melunaskan bayaran RM63 juta kepada SGM dalam tempoh 14 hari mulai dari tarikh itu.

Adnan sekali lagi memohon mengenepikan kes melalui Mahkamah Rayuan dan beliau dilepaskan dari membayar hutang tersebut.

Hutang sebenar kerajaan negeri sekarang sudah menghampiri RM65juta kerana faedah sebanyak RM8, 000 sehari terus berjalan.

Menurut Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, meskipun mahkamah rayuan melepaskan Adnan daripada membayar hutang tersebut, namun kerajaan negeri tetap terpaksa membayarnya.

Ujarnya, keputusan mahkamah itu juga hanya untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri terus terbeban dengan hutang yang semakin meningkat sekaligus menyebabkan rakyat turut merasai tempiasnya.

"Keputusan mahkamah itu bersifat teknikal sahaja untuk membersihkan nama Adnan sedangkan kerajaan negeri tetap mengagung hutang," katanya.

Beliau juga mendakwa, akibat penyelewengan dan rasuah yang dilakukan kerajaan Umno BN menyebabkan wang rakyat terpaksa digunakan untuk menyelesaikan bebanan hutang.

"Disebabkan penyelewengan dan salahguna kuasa kerajaan negeri, rakyat yang terpaksa menanggung kerugian. Ini tak sepatutnya berlaku," tegasnya._

Jumaat, 9 Oktober 2009

Selepas 9 tahun LKWJ bubar Bandar Jengka jadi bandar kunta kintae?

Pada 2hb Oktober 2009 baru-baru ini genaplah sembilan tahun usia pemergian Lembaga Kemajuan Wilayah Jengka ( LKWJ ). Serentak dengan tarikh itu juga sebenarnya sembilan tahun lepas Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara ( DARA ) juga turut dibubarkan.

Kedua-dua LKWJ dan DARA adalah merupakan agensi persekutuan yang bertanggungjawab membangun serta memajukan kawasan-kawasan di dalam Wilayah Jengka dan Pahang Tenggara. Sebelum dibubarkan kedua-dua agensi ini berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ( KPLB ) yang turut bersama ialah KEJORA ( Johor ), KEDA ( Kedah ), PERDA ( Pulau Pinang ), KESEDAR ( Kelantan ), KETENGAH ( Terengganu ) dan beberapa agensi lagi yang mewakili setiap negeri.

Isu pembubaran semua agensi di bawah KPLB pada masa itu sebenarnya menjadi topik hangat yang diperbincangkan kerana di peringkat kementerian telah meletakkan semua agensi ini telah mencapai matlamatnya. Dalam menangani isu ini semua Menteri Besar telah mengemukakan bantahan kecuali Negeri Pahang. Namun sehingga kini agensi yang belum dibubarkan itu masih mampu meneruskan sisa tanggungjawabnya.

Sebenarnya negeri Pahang telah kehilangan dua agensi pusat yang memang banyak membantu terutamanya di dalam program pembangunan infrastruktur dan sosial masyarakat. Baru-baru ini kedengaran berita satu agensi seumpama peranan LKWJ dan DARA akan diujudkan. Tetapi sehingga sekarang tiupan angin keujudan agensi itu semakin lesu.

Di pihak bekas-bekas kakitangan LKWJ, sedang meneliti perkembangan ini. Mereka masih teringat akan ungkapan dari pihak KPLB dan ahli pengurusan LKWJ pada masa itu berjanji bahawa sekiranya LKWJ atau badan yang seumpama dengannya diujudkan semula maka bekas-bekas kakitangan akan diberi keutamaan untuk mengisi jawatan-jawatan yang ada.

Apabila LKWJ dibubarkan, KPLB telah memberi kepercayaan kepada Warisan Jengka Holding ( WJH ) dengan ‘menjualkan aset-aset’ dan memberikan tenaga kerja di kalangan beberapa orang bekas kakitangan LKWJ melalui kaedah ‘ Management Buy Out ‘ ( MBO ). Sejarah keujudan WJH ialah melalui perkongsian tiga kepentingan iaitu Pasukan Pengurusan LKWJ ( Wawasan Jengka Sdn Bhd ) , Kerajaan Negeri Pahang ( YBK ) dan Kakitangan LKWJ (KESKA COORPORATION).

Keujudan Bandar Jengka sememangnya ada kaitan rapat dengan matlamat LKWJ. Namun apabila agensi ini telah dibubarkan Bandar Jengka seolah-olah kurang bermaya untuk melangkah sebagai ‘ Bandar Bumiputera ‘ yang ulung dan berjaya. Berada dalam pertadbiran Daerah Maran tetapi dari segi persempadan pilihanraya berada di bawah Parlimen Kuala Krau.

Hasrat besar penduduk Wilayah Jengka malah matlamat LKWJ yang tidak kesampaian ialah ingin menjadi Bandar Jengka sebagai sebuah daerah. Tetapi apakan daya apabila zaman berubah, manusia pun berubah. Pun begitu perjuangan ahli politik juga turut berubah.

Ada yang menyatakan Bandar Jengka ini seolah-olah tidak menjadi perhatian serius untuk di bangunkan oleh pentadbiran Daerah Maran dan tidak juga diperjuangkan dengan bersungguh-sungguh oleh ahli politik di bawah Parlimen Kuala Krau. Maka Bandar Jengka suatu hari bakal menjadi Bandar Kunta Kintae, tiada sesiapa yang peduli.

Tanda-tanda ke arah itu seolah-olahnya telah ada iaitu dengan terbinanya jambatan Kuala Krau ada kemungkinan Kuala Krau akan menjadi sebuah daerah.

(Musaniff ialah bekas pemangku Pengurus Bahagian Perkhidmatan Teknik LKWJ).

Selasa, 6 Oktober 2009

Biadap: Pemuda PAS Pahang lapor polis

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) pada Jumaat telah membuat laporan polis terhadap Sister in Islam (SIS) dan JAG kerana menghina Islam dalam kes sebat Kartika dan menuntut pihak berkuasa bertindak tegas ke atas sebarang usaha yang mengancam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh kira-kira jam 3 petang.

Laporan tersebut berhubung kenyataan yang dikeluarkan oelh Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, Dr hamidah Marican dan kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) sebagaimana disiarkan akhbar Sinar harian bertarikh 1 Oktober 2009 (Khamis) yang bertajuk: Jangan Sebat Kartika: NGO.

Menurut Shahril yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau dalam kenyataan medianya berkata, DPPNP beranggapan kesan daripada kenyataan itu adalah penghinaan terhadap sistem perundangan syariah di negara ini.

“Akibar daripada kenyataan yang tidak bertanggungjab itu telah berlaku kecederaan perasaan yang amat snagat kepada umat Islam yang boleh mengganggu ketenteraman dalam masyarakat sehingga menimbulkan kegelisahan ummah”.

“Kami sangat sedih dan dukacita terhadap kenyataan biadap Dr hamidah yang kami anggap sangat memperlekeh hukuman sebat ke atas Kartika Dewi Shukarno oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan apabila beliau menganggap hukuman tersebut sebagai kejam dan perlakuan yang menjatuhkan maruah serta mencabul hak asasi manusia”.

“Kenyataan tersebut bersifat ancaman terhadap undang-undang syariah. Undang-undang syariah yang diamalkan di engara ini merupakan sebahagian daripada sistem perundangan yang termaktub dalam perlembagaan negara yang mesti dipatuhi dan dihormati. Sebarang usaha memperlekeh, menghina dan menentang sistem perundangan ini merupakan suatu kesalahan yang mesti diambil tindakan sekeras-kerasnya”.

“Kami menganggap kenyataan SIS dan JAG beranggapan pelaksanaan sistem syariah telah berlaku ketidakadilan jantina dalam hukuman yang dimaksudkan, kami ingin bertanya mengapa mereka tidak mengambil sikap yang serupa terhadap hukuman sivil bagi kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah”.

“Oleh yang demikian kami menuntut pihak berkuasa dan kerajaan bertindak tegas ke atas sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang mengancam secara penuh prejudis terhadap amalan dan pelaksanaan Islam dalam negara ini”.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...