KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Isnin, 28 Mac 2011

Rangkuman Berita : Mesyuarat Agung Dewan Pemuda dan PAS Kaw. Kuala Krau

26 Mac - Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau pada Sabtu lalu telah mencatat satu peningkatan yang terbaik setakat ini dengan kehadiran 20 AJK, 97 perwakilan dan 11 pemerhati.

Berbanding dengan tahun-tahun yang lalu, kebiasaannya jumlah tidak mencapai 100 orang. Ini bermakna perkembangan yang sangat baik sedang berlaku kepada pemuda PAS.

Dalam ucapan perasmian oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, beliau amat mengharapkan agar semua pemuda-pemuda perlu bangkit untuk bekerja dan menjadi agen perubahan dalam masyarakat kini. Pemuda mesti cergas, tidak lembik dan pemuda juga mesti melawan arus. Kalau pemuda itu tidak melawan arus makan pemuda itu bukan "pemuda".

Mesyuarat yang didakan buat kali yang ke 23 itu telah diadakan di Dewan Utama Darul Hikmah, Kerdau.

Alhamdulillah mesyuarat berjalan lancar. Tahun ini juag merupakan tahun pemilihan. Setelah selesai urusan pengundian, maka keputusan telah di capai. Keputusan pengundian telah diumumkan oleh AJK Spr dari wakil Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau.

Ketua Pemuda, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz (Menang Tanpa Bertanding), Timb. Ketua, Sdr Fadhil Bin Mohd Shafie (Menang Tanpa Bertanding), dan Naib Ketua Sdr Mohd Shafie Bin Md Esa (Menang Tanpa Bertanding). Manakala 8 AJK yang telah memenangi dari 14 calon yang bertanding ialah Mohd Suhaimi Shafie, Mohd Zukri Salleh, Roazman Rosely, Abu Anas Hanafiah, Zainuri Yahya, Abu 'Asim Abd Aziz, Helmy Harun dan Engku Amizahar.

Tahniah kepada yang telah memenangi dan harapan agar dapat melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi.

Terima kasih kepada semua yang teribat membantu menjayakan mesyuarat padakali ini. Sekian.

Mesyuarat Agung PAS Kawasan : Jangan gopoh walaupun hampir menang (TG Hj Abd Hadi)


KUALA KRAU, 27 Mac: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mengingatkan para petugas parti supaya tidak gopoh di dalam perjuangan.

Katanya, para pejuang tidak boleh gopoh dalam perjuangan, walaupun dilihat hampir untuk menempuh kemenangan.

“Para petugas dakwah ini juga mestilah yakin dengan janji Allah SWT, bahawa tugas yang sangat mulia ini akan dibayar dengan syurga Allah SWT,” ujarnya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau, dekat sini, hari ini.

Turut hadir ialah Yang Dipertua PAS kawasan yang juga Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Beliau yang juga ahli Parlimen Marang turut mengajak para petugas PAS supaya mengambil pengajaran daripada perjuangan para rasul dan nabi.

“Lihatlah juga pedoman dan rentetan perjuangan para nabi dan rasul alaihimussolatuwassalam yang selama ratusan tahun teguh serta istiqamah pegangannya dalam membawa amanah Allah Taala ini,” ujarnya.

Tambahnya, para pejuang Islam juga hendaklah sabar dalam menempuh jalan ini, dan tidak menjadikan diri mereka di kalangan orang yang ingin cepat dalam mencapai kemenangan.

“Ambillah iktibar janji Allah, bahawa sekiranya jalan perjuangan ini mudah dan cepat, nescaya ramailah penyokong yang akan bersama kita untuk menunggu habuannya. Sedangkan kemenangan memerlukan pengorbanan, dengan menjadikan kemenangan dalam perjuangan ini mestilah dengan tarbiyah, iman dan penuh akhlak Islam dengan tidak membalas dendam
sesudah mencapai kemenangan,” ujarnya lagi.

Beliau juga menjelaskan bahawa Allah mengurniakan amanah mentadbir sesebuah kerajaan kepada yang dikehendaki-Nya, sebagai suatu ujian dalam kehidupan di dunia.

Katanya, asas pembangunan negara dari segi pembangunan insan adalah pembangunan roh dan akal dengan iman, ilmu dan akhlak yang mulia.

Menurutnya lagi, Islam yang ingin dilaksanakan oleh sesebuah kerajaan adalah bukan di atas kepentingan politik, tetapi adalah tanggungjawab dari Allah.

Justeru, tegasnya perjuangan Islam memerlukan pengorbanan, tiada jalan mudah dan diiringi karpet baldu yang cantik, tetapi penuh dengan onak dan duri sepanjang jalan perjuangan.

Beliau mengakhiri ucapan perasmian dengan membacakan dua rangkap syair bahasa Arab yang diucapkan oleh Abu al Qaseem As Syaabi dari Tunisia yang meninggal dunia pada pertengahan tahun 1930-an dalam usia muda.

"Apabila bangsa itu mahu menjadi bangsa yang hidup di suatu hari nanti, maka bangsa itu mestilah menyahut seruan beriman dengan seruan qada Allah. Malam pasti akan berlalu dan tibanya waktu siang, dan pastilah gari yang mengikat rakyat itu akan pecah suatu hari nanti."

Rabu, 9 Mac 2011

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN

DEWAN PEMUDA PAS KAWASAN KUALA KRAU

KALI KE 23

Mesyuarat Agung tersebut akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Tarikh :

26 Mac 2011 / 21 Rabiul Akhir 1432H

Masa :

8.00 pagi

Tempat :

Dewan Mesyuarat, MTD Kerdau

Perasmi :

Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presdien PAS

Peringatan :

1) Sila bawa borang pendaftaran pada hari mesyuarat & serahkan ke kaunter pendaftaran

2) Sila serahkan borang pencalonan sebelum atau pada 5 Mac 2011 kepada mana-mana AJK DPPK Kuala Krau

3) Sila serahkan borang usul sebelum atau pada 5 Mac 2011 kepada mana-mana AJK DPPK Kuala Krau


HARAP MAKLUM

SILA AMBIL TINDAKAN DENGAN SEGERA...

Isnin, 7 Mac 2011

PRK Kerdau: BN kuat atau PAS yang lemah?

1. Keputusan PRK DUN Kerdau telahpun diketahui, dan media telah melaporkan bagaimana BN meraikan kemenangan tersebut dengan penuh gaya. PAS merakamkan ucapan tahniah kepada calon BN yang telah berjaya.

2. Kini beliau menggalas amanah besar yang akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah, semoga dengan kuasa yang ada beliau mampu melaksanakan amanah ini. Rakyat akan menilai hal ini dan peranannya yang tentunya berbeza dengan wakil rakyat yang bukan dari aliran agama.

3. Kekalahan PAS dalam PRK Kerdau sememangnya telah dijangka, memandangkan bukanlah sesuatu yang mudah untuk merampas kerusi yang telah dimenangi BN bilamana jentera kerajaan sepenuhnya diturunkan bagi memastikan kemenangan bergaya di negeri PM.

4. Hakikat ini dapat dilihat bilamana PM dan Isteri turut sama berkempen dengan peristiharan jutaan ringgit bakal diturunkan bagi kawasan DUN Kerdau.

Analisa Keputusan

5. Secara asasnya ada sesuatu yang agak menarik dalam keputusan PRK ini, bilamana undi PAS secara keseluruhannya merosot sebanyak 184 undi atau -7.3%, dan undi BN meningkat sebanyak 925 undi atau +22.4% Peningkatan undi BN hasil dari peningkatan peratus keluar mengundi sebanyak 3%.

6. PAS mendapat peningkatan undi di semua kawasan Felda, walaupun mereka dijanjikan dengan pelbagai wang MPOB, dan SES berjumlah RM13,000 dan RM4,000 seorang. Keadaan ini membayangkan PAS mempunyai masa depan yang agak baik di kawasan Felda, yang dianggap lubuk Umno.

7. Peningkatan undi di Felda Jengka 22 sebanyak 28.2%, di Jengka 23 meningkat sebanyak 8.0% dan di Jengka 25 pula meningkat 4.9%. Kejayaan ini boleh dianggap kemenangan bagi perjuangan Anak yang mula diterima oleh masyarakat Felda, walaupun sebahagian mereka bersama anak dalam membuat tuntutan tetapi mempunyai pandangan politik yang berbeza.

8. Hakikat ini dapat dilihat dari kehadiran ratusan pemuda khususnya generasi kedua dalam program anjuran Anak dan penyertaan mereka dalam Anak.

9. Penghargaan juga harus diberi kepada PKR yang menumpukan gerakerja mereka di kawasan Felda bersama dengan jentera PAS dari Kelantan, Kedah dan Pahang.

10. Di Kawasan Felcra Rumpun Makmur sokongan kepada PAS merosot sebanyak -4.2%. Hal ini berkemungkinan dari tumpuan jentera Felca seluruh negara dengan pelbagai ugutan kepada peserta Felcra.

11. Walau bagaimana pun PAS perlu melihat kemerosotan ini sebagai satu cabaran besar dalam PRU yang hampir tiba. Kelemahan yang ketara di Unit Peti Undi berpunca dari kelemahan jentera di cawagan yang gagal berfungsi dengan baik, sehingga ada cawangan yang tidak bergerak dan terpaksa dibantu oleh tenaga luar.

12. Kelemahan ini akan dapat diatasi dalam PRK, namum bilamana menghadapi PRU, suasananya tentu berbeza bila tenaga tempatan adalah penggerak utama. Diharap dengan PRK ini beberapa kelemahan dapat dikenalpasti dan di ambil tindakan segera, bagi menghadapi PRU akan datang.

13. Kini Kerdau mulai sunyi sepi, dan jalan-jalan yang diturap separuh siap, terus menanti curahan tar bagi menyiapkannya, namun apakah ianya akan terus kekal begini. Rumah-rumah buruk, kedai yang terbiar, projek perumahan yang terbengkalai dan sekolah agama yang tidak mendapat perhatian dan pelbagai gambaran tertinggalnya Kerdau dari pembangunan.

14. Apakah bandar Kerdau akan terus menjadi “bandar Kerbau”. Sama-sama kita tunggu.


Oleh Al Fadhil Tuan Guru Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man

Naib Presiden PAS

Pengarah Pilihanraya N 28 DUN Kerdau

Selasa, 1 Mac 2011

Kenyataan Media Pengarah PRK Kerdau - 01 Mac

Dakwaan Menteri Besar Pahang bahawa PAS tidak punya isu dalam PRK N28 Kerdau ternyata adalah satu kenyataan yang cukup meleset. Semalam, kami telah mengemukakan sekaligus mendedahkan pelbagai kebejatan serta ketempangan pengurusan pentadbiran kerajaan negeri di bawah kepimpinan beliau. Kami akan terus membuat asakan tentang beberapa lagi kepincangan ini termasuk syarikat-syarikat yang menyaman kerajaan negeri atas pelbagai dakwaan pelanggaran perjanjian kontrak dalam urusan pembalakan dan perlombongan yang berjumlah hampir RM300 juta.

Hari ini kami mahu mendedahkan pelbagai perlakuan salah guna kuasa pemimpin Umno/BN Pahang khususnya dalam tempoh berkempen di PRK N28 Kerdau ini serentak menggambarkan betapa tertekannya Umno berhadapan dengan rakyat yang lebih matang dan bermaklumat. Pendedahan ini juga membuktikan bahawa DUN Kerdau jauh terpinggir dalam arus pembangunan negara.

Justeru kerana kegagalan merancang pembangunan secara bersistematik, maka Perdana Menteri dan Menteri Besarnya amat tertekan sehingga sanggup mengisytiharkan projek luar kawasan mengundi diresmikan dalam kawasan mengundi.

Janji yang dibuat dalam pilihanraya kecil Sanggang pada tahun 2000 bagi membekalkan air bersih di kampong orang Asli Paya Sendayan gagal ditunai sehingga kini. Pada PRK kali ini, PM sekali terpaksa menjanjikan peruntukan RM9.25juta bagi menaikan taraf loji air Batu Sawar. Tindakan membekalkan air 3 hari sekali yang sedang berjalan adalah gambaran sebenar pengabaian nasib rakyat yang kini mahu dipancing undi mereka.

Maka tepatlah tuduhan rasuah dan membeli undi rakyat oleh pimpinan tertinggi Umno/BN apabila Perdana Menteri sendiri melakukannya dihadapan umum tanpa segan silu dengan menyatakan bahawa ”Saya bukanlah hendak membeli undi. TETAPI kalau kamu menyokong kami (BN), saya akan tambah lagi peruntukan esok atau lusa. Dengan syarat kamu tunjukkan sokongan kepada BN terlebih dahulu”.

Ucapan ini mengingatkan rakyat apa yang juag diucapkan oleh Perdana Menteri dalam PRK Sibu dengan kata-kata rasuah beliau ”You help me, I help you!”. Sebagaimana pengundi di Sibu bijak menilai lantas menolak sogokan tersebut dengan terus memberi undi kepada calon Pakatan Rakyat, demikian juga harapan kami kepada pengundi DUN Kerdau.

Kerana terdesak bagi mendapat undi kaum Cina, India dan kaum asal, PM secara terbuka meluluskan peruntukan RM400,000 untuk Dewan Terbuka Kampong Seri Kerdau, RM150,000 untuk Balai Bomba sukarela dan RM100,000 untuk Kuil Hindu. Ini tidak termasuk pemberian berbentuk hampers dan makanan yang diedar di kampong Baru Kerdau oleh Menteri Kesihatan sebagaimana dilaporkan oleh RTM.

Keseluruhan peruntukan yang diisytiharkan oleh Perdana Menteri adalah melebihi RM10juta yakni 10 kali ganda peruntukan sebenar pembangunan di setiap parlimen. PAS mengharapkan satu tindakan tegas mesti diambil oleh pihak SPRM dan SPR yang terang-terangan bertentangan dengan peruntukan Akta Kesalahan (Penjalanan) Pilihanraya (1960).

Sehubungan dengan ini, Dewan Pemuda PAS negeri akan membuat laporan Polis, SPRM dan SPR atas pelanggaran Akta Pilihanraya.

(Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man)
Naib Presiden PAS,
Pengarah Pilihanraya N.28 Kerdau
01 Mac 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...