KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Selasa, 26 Januari 2010

Motivasi Ibu Bapa tarik perhatian warga Jengka


Jengka, 25 Januari - Motivasi Ibu Bapa anjuran Jabatan PASTI Dewan Pemuda PAS Kaw. Kuala Krau telah mendapat perhatian dari warga Bandar Jengka. Program ini antara lain mendedahkan beberapa maklumat dalam mendidik anak-anak bersesuaian dengan syariat Islam serta sentiasa mengamalkan sunnah Rasul saw.

Hadirin/rat yang terpukau dengan motivasi cikgu raja

Motivasi yang di sampaikan oleh motivator yang tidak asing lagi di negeri Pahang iaitu Cikgu Raja Ismail Raja Shahdan itu telah memukau lebih seratus pendengar dari segenap lapisan bermula kanak-kanak, pelajar sekolah, remaja, dan orang dewasa serta ibu bapa.

"Mendidik anak-anak perlukan kesbaran. Jangan mudah melenting sekiranya anak melakukan keslahan kerana mungkin kesalahan anak itu berpunca dari ibu atau bapa itu sendiri," kata cikgu Raja.

Selain itu, beliau juga turut menyentuh akan konsep IQ dan EQ. Iq ialah "intelligen coutions" manakala EQ pula ialah "Emotional Coutions". Pada zaman yang serba moden ini, masyarakat mula menilai akan eq dengan maksud emosi manusia. bagaimana seseorang itu boleh mengawal dirinya daripada bertindak tanpa menyiasat terhadap sesuatu yang berlaku pada dirinya.

Sebelum akhir, beliau menjelaskan akan beberapa jenis manusia. manusia yang paling baik ialah yang berakhlak mulia dan akademiknya cemerlang. Juga tidak mengapa sekiranya akademik sederhana tetapi akhlak cemerlang. dan manusia yang paling buruk ialah manusia yang akhlaknya buruk dan akademiknya teruk.

Begitula beberapa isi kandungan motivasi yang di sampaikannnya. Turut hadir ialah Sdr Pak Syekh sdr Nazri hussin yang merupakan TYDP Pas Kawasan Kuala Krau.

Program bermula dengan sedikit jamuan hasil sumbangan seekor lembu oleh penduduk dan diakhiri pada jam 11.30 malam.-Su dppkk.

Ahad, 24 Januari 2010

Aktiviti Terkini Di Jengka

Perasmian Mesyuarat Agong PAS Kelompok DUN Jengka

Tarikh:24 Jan 2010
Hari:Ahad malam Isnin(9.00-11.00 malam)
Tempat:Markas Baitussalam Jengka 16
Perasmi:Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS/Pesuruhjaya PAS Pahang

Semua ahli PAS dijemput hadir


Ceramah Motivasi Pelajar & Ibu bapa

Tarikh:25 Jan 2010
Hari:Isnin malam Selasa(bermula 8.00 malam)
Tempat:Dataran Masjid Lama,Rantau Perintis Bandar Jengka
Penceramah:YM Cg Raja Ismai Raja Shahadan-Pakar Motivasi)

Semua Pelajar Dan Ibu bapa di Jemput Hadir
Makan malam disediakan.

Ceramah Umum:Isu Matau

Tarikh:26 Jan 2010
Hari Selasa malam Rabu((9.00 malam)
Tempat:Dataran Pejabat MTD Jengka,Rantau Perintis)
Penceramah
1.Dato Tuan Ibrahim Tuan Man
2.Ahmad NizamAbd hamid(Peguam Matau/PKR)
3.Ust Shahril Azman Abd Halim(Tim.Ketua DPP Pahang)


Kuliah Haraki

Tarikh:27 Jan 2010
Hari: Rabu malam Khamis(9.30 malam)
Tempat:Markaz PAS Jengka 16
Penceramah:Ustaz Fadzil Nor Abd Karim
Exco DPP Pahang

Selasa, 19 Januari 2010

Kelab penyokong PAS kini bertaraf Dewan

TEMERLOH : Kelab Penyokong PAS (KPP) yang telah pun memiliki 20,000 ahli kini bertaraf Dewan Perhimpunan Penyokong PAS, kata Pengerusi Lajnah Perpaduan National Dr.Mujahid Yusof al-Rawa.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu memaklumkan demikian dalam satu program taklimat khas bagi pimpinan PAS peringkat negeri Pahang di Dewan Dato Abu Samah, Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang (BPPNP, di sini Sabtu lalu.

Taklimat tersebut telah dihadiri oleh lebih kurang 100 orang peserta dari seluruh Negeri Pahang.

Mujahid juga telah memaklumkan bahawa Dewan ini akan berperanan mengabungkan semua penyokong-penyokong bukan Islam daripada pelbagai kaum. Dewan ini juga akan menjadi medan bagi mengembangkan dakwah kepada kaum bukan Islam di samping memperoleh keuntungan politik parti.

Bagaimanapun, tambah beliau oleh kerana terdapat kekangan Perlembagaan, Dewan tersebut masih bertaraf Pemerhati rasmi pada Muktamar Agung dan pemilihan kepimpinan hanya dibuat melalui Syura dalam tempoh lima tahun pertama ini.

Jentera Pilihanraya PAS diminta bantu SPR Daftar 4.39 juta pengundi

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengesa Jentera Pilihanraya PAS disemua peringkat Parlimen dan DUN untuk membantu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) bagi mendaftarkan 4.39 juta pengundi yang belum mendaftar sebagai pemilih. Jumlah yang dilaporkan oleh SPR semalam adalah baki 28 peratus dari jumlah pemilih yang layak tetapi masih belum dapat mendaftar. Ini bermakna hampir satu pertiga pengundi dinegara ini belum mendaftar.

Rekod Pilihanraya Umum Mac 2008 menunjukan 72 peratus iaitu 7,878, 875 pemilih keluar mengundi dari 10,922,139 pemilih berdaftar diseluruh negara. Secara kasarnya jika dicampur jumlah yang tidak mengundi dan belum mendaftar, maka jumlah keseluruhan mereka adalah 7.49 juta atau lebih dari separuh pemilih yang layak mengundi tidak menyertai Pilihanraya 2008.

Oleh itu PAS menawarkan satu kerjasama serius disegerakan antara SPR dan diperingkat akar umbi PAS bagi memberikan kefahaman kepada rakyat tentang pentingnya mereka melibatkan diri serta besarnya nilai undi mereka dalam menentukan hala tuju negara. Demi memastikan negara ini dapat dipimpin oleh Kerajaan yang lebih baik dimasa hadapan, program-program kempen pendaftaran pengundi baru perlu digerakkan dan disusun secara berjadual.

PAS melihat inilah peluang untuk memberikan sumbangan kepada demokrasi dan memimpin rakyat untuk memahami hak mereka sebagai pengundi. Jentera PAS perlu serius untuk mengambil peluang dalam menyampaikan dakwah dan juga hasrat perjuangan sebagai mengalakkan rakyat keluar mengundi kelak.

PAS juga berharap agar pengundi dalam Pilihanraya akan datang dapat membuat penilaian dan keputusan yang berani demi mengubah landskap pemerintahan negara yang sudah 12 penggal ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan zalim.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kerajaan BN Jimat 1.3 Bilion untuk Gula, Bazir 1 Billion untuk F1

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) kesal dengan dasar meringankan beban tanggungan subsidi gula yang diperkenalkan Kerajaan BN sehingga menyebabkan kenaikan harga sebanyak 20 sen. Dasar ini menunjukan bahawa Kerajaan BN cuba melepaskan tanggungjawab ekonomi mereka terhadap rakyat. Mungkin pada pandangan kerajaan 20 sen adalah nilai yang kecil bagi kenaikan sekilogram gula, tapi rakyat risau dengan naiknya harga sedemikian sudah boleh dianggap besar sebab bukan gula sahaja yang ingin dibeli setiap bulan. Banyak lagi barang pengguna lain seperti tepung, beras, minyak masak dan sebagainya yang berkemungkinan besar akan naik. Jadi kerisauan ini akan terus berlaku sebab harga gula tanpa subsidi boleh berubah, begitu juga dengan harga keperluan lain yang boleh berubah.

Dasar Kerajaan BN yang mahu mengurangkan beban subsidi memang tidak digemari rakyat, apa lagi jika dalam keadaan sekarang Kerajaan BN juga mahu perkenalkan dasar GST untuk hampir semua jenis barangan serta kenaikan cukai-cukai lain. Ini membuktikan Kerajaan BN sudah tiada wang untuk memerintah sebab telah banyak dibazirkan sebelum ini. PAS memahami kesulitan Kerajaan dalam hal ini, namun sebarang kenaikan tidaklah wajar pada masa ini kerana negara masih mampu jika dasar berjimatnya betul. Walaupun Kerajaan BN bangga mengatakan bahawa telah berjimat sebanyak RM 1.3 Bilion, namun rakyat sakit hati kerana dari penjimatan itu, Kerajaan telah bazirkan RM 1 Bilion dalam budget tahun 2010 untuk tujuan memajukan sukan F1 yang bukan melibatkan kepentingan atau faedah semua rakyat.
PAS juga jelas bahawa, pelaburan RM 1 Billion itu adalah perbelanjaan hangus yang mana hasilnya tidaklah seberapa. PAS mahu kerajaan meningkatkan intergriti dan memperbaiki budget negara agar tidak membebankan rakyat. Kerajaan seharusnya bijak untuk mengunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedang kerajaan membazir.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

Kufur Jika Menyokong Guna Kalimah Allah – Dato Dr. Haron Din

Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi membenarkan penggunaan kalimah ‘Allah’ dalam akhbar mingguanHerald-The Catholic Weekly dalam penerbitannya boleh membawa kepada kekufuran.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din berkata, menyokong kepada sesuatu perkara yang salah di sisi Islam juga secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kekufuran dan syirik

“Saya menyeru kepada sahabat-sahabat saya supaya mempertimbangkan semula pendirian mereka.

“Kalau kita sokong perkara yang kufur, kita pun secara tak langsung akan kufur sama,” katanya dalam sidang media di kediamannya di sini hari ini.

Tokoh agama itu turut melahirkan kekesalannya terhadap beberapa penulis blog termasuk di kalangan beberapa pemimpin parti-parti politik yang menyatakan sokongan mereka kepada keputusan berkenaan.

“Saya harapkan orang-orang ini boleh bersatu pandangan, memanglah setiap orang itu ada kebebasan bersuara.

“Kalau hal politik memanglah ada banyak pandangan, tapi kalau hal agama, kita perlu balik kepada kaedah agama.

“Kalau kita berpuas hati dengan perkara yang syirik ia akan membawa kepada kekufuran,” katanya tanpa menyebut secara khusus blog-blog berkenaan.

Baru-baru ini Yang Dipertua PAS Shah Alam, Khalid Samad dalam blognya menyatakan sokongan terhadap keputusan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan sebuah akhbar mingguan katolik.

Pandangan beliau itu menimbulkan reaksi negatif daripada banyak pihak termasuk Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin yang menggesa Ahli Parlimen Shah Alam itu supaya keluar PAS.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Pada 16 Februari lalu, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur, Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit akhbar itu memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi menuntut deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarangnya menggunakan perkataan Allah adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dalam pada itu, Haron din turut meragui niat akhbar berkenaan yang bertegas mahu mendapatkan kebenaran menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.

“Kenapa sekarang nak gunakan nama Allah? Saya yakin mesti ada niat yang tersurat dan tersirat.

“Kalau niat mereka baik, saya nasihatkan supaya jangan gunakan kalimah itu kerana ia tidak baik untuk kita umat Islam… sesuatu yang mendatangkan keburukan mestilah dicegah,” katanya.

Selain itu Haron Din berkata, pada masa akan datang perkara yang melibatkan hal agama sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Syariah.

“Hal Allah ini adalah hal agama, jadi tempat penyelesaiannya adalah di Mahkamah Syariah.

“Kenapa nak bawa kes ini ke Mahkamah Sivil? Saya menyeru kes ini supaya kes ini diselesaikan di Mahkamah Syariah,” katanya.

Beliau juga meminta semua pihak termasuk kerajaan dan Majlis Raja-Raja supaya segera menyelesaikan isu berkenaan.

“Saya merayu Raja-Raja Melayu supaya jangan memandang ringan perkara ini, selesaikan dengan cara setiakawan dan faham memahami perasaan masing-masing,” katanya. MSTAR

Sabtu, 9 Januari 2010

Salam Takziah..


Al-Fatihah. Allahyarham Ustaz Fauzi Bin Azizan telah kembali ke rahmatullah semalam ( jam 2.25 ptg - 8 Jan 2010) di Hospital Selayang. Allahyarham yang mengalami pendarahan di kepala, koma setelah kemalangan 31 Disember 2009 di Chenor.

Allahyarham Us Muhammad Fauzi Bin Azizan telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Jengka 20 sekitar jam 12-1 pagi tadi.

Solat Jenazah telah diimami oleh Al-Fadhil Us Shahril Azman Abd Halim, Ketua Pemuda PAS DPPK Kuala Krau.

Seluruh saff kepimpinan DPPK Kuala Krau menngucapkan takziah kepada keluarga arwah dan isteri di atas pemergian beliau. Semoga Allah menempatkan rohnya dikalangan para solohin dan syuhada.

Allahyarham pernah mengajar di Tahfiz Al-Ramhimiyyah, Bandar Jengka dan di Maahad SAS, Jengka merupakan anak peneroka En Azizan di Felda Jengka 20.

Lawatan ke Marang, Terengganu : Pemuda rapatkan Jaringan ukhuwah

Sesi penggambaran bersama Pemuda Marang di hadapan Masjid Rusila

Jengka, 9 Jan - pemuda Dun Jengka telah berjaya menganjurkan lawatan "Jaulah Ribat ukhuwah" ke Marang sekaligus mengadakan majlis ramah mesra bersama pemuda Marang.

Rombongan yang bertolak sekitar jam 10 malam pada 7 Jan terus menuju ke Marang dan memulakan aktivit lawatan pertama dengan mendengar Kuliah Pagi Jumaat yang di sampaikan oleh TG Hj Abdul Hadi Awang di Masjid Rusila, Marang.

Mereka juga telah mengadakan majlis ramah mesra serta memberikan cenderamata kenang-kenangan.

Romobongan yang di sertai oleh 45 orang ini di ketuai oleh Ketua Pemuda Dun Jengka, En Shafie md Esa.

Selain itu, mereka juga berkesempatan bersiar-siar di Kuala Terengganu yang merupakan negeri yang pernah di menangi oleh PAS pada PR 10 pada tahun 1999.

Lawatan ringka ini juga tidak melepaskan peluang untuk melihat secara langsung projek pembaziran Kerajaan UMNO/BN iaitu Taman Tamadun Islam yang terkenal dengan Masjid Kristal yang di katakan telah membelanjakan banyak wang.

Pada petangnya, semua peserta lawatan di bawa ke Stadium sultan Zainal Abidin, di mana bumbungya yang runtuh hanya dalam masa 10 saat. Stadium ini yang masih belum memulakan proses pembaikan itu menunjukkan bahawa satu tradegi yang amat memalukan dan kerajaan perlu bertanggungjawab.

Pohak pengajur mengucapka jutaan penghargaan terima kasih kepada Pemuda Marang kerana membuat persediaan yang baik bagi meyambut kami dan juga tidka lupad buat semua yang terlibat.

Semoga program seperti ini dapat di teruskan di masa yang akan datang bagi memantapkan lagi jaringan ukhuwah di kalangan pemuda PAS dalam usaha untuk menjadi pejuang agama Allah.

Rabu, 6 Januari 2010

Ceramah Isu Semasa

CERAMAH ISU SEMASA

Ustaz Idris Hj Ahmad
Lajnah Penerangan PAS Pusat


10 Januari 2010

Darul Hikmah, Kerdau


Semua dijemput hadir
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...