KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Rabu, 8 September 2010

Dewan Pemuda PAS Kaw. Kuala Krau sampaikan sumbangan Aidilfitri

Kunjungan dari Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau

Jengka - 8 September - Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau melalui Unit Kebajikan dan Jabatan AMAL telah menyampaikan sumbangan Ramdhan dan Aidilfitri di Hospital Jengka pagi tadi. sumbangan di sampaikan oleh ketua Pemuda Kawasan Al-Fadhil ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz.

Sekitar jam 10 pagi semua rombongan dari Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau tiba di Hospital jengka dan telah disambut dengan penuh ceria oleh Jururawat serta beberapa Staff Hospital jengka.


Jururawat yang menerima kunjungan kami dan membantu

Dengan kerjasama daripada Jururawat dan beberapa Staff Hospital jengka maka program memberi sumbangan kali ini berjalan dengan lancarnya.




Sumbangan di sampaikan oleh Us Shahril Azman


Al-Fadhil ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz telah menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Wad Lelaki dan di Wad Kanak-kanak. Sumbangan yang disampaikan berupa Kurma, Kuih raya dan Wang.

sumbangan di wad kanak-kanak

Pihak Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau mengucapkan terima kasih penghargaan kepada pihak Hospital Jengka kerana sudi menerima kunungan dari kami serta di atas kerjasama dan layanan yang sangat baik semasa sumbangan di sampaikan.

Menurut Kata-kata Al-Fadhil ustaz Shahril Azman kepada Encik Salleh (salah seorang Staff Hospital) " Insya'Allah pada tahun-tahun akan datang Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau berusaha untuk menyampaikan sumbangan sempena Aidilfitri memandangkan pesakit-pesakit terpaksa berada di Hospital ketika sambutan Aidilfitri. Mudah-mudahan dengan sumbangan ini mereka gembira dengan kunjungan kami."

Eincik Salleh jugan berkenan supaya Dewan Pemuda Pas Kawasan Kuala Krau dapat hadir lagi ke hospital untuk menyampaikan sumbangan serta program-program kebajikan di sini.

Terima kasih juga buat urusetia dan penyumbang-penyumbang yang telah sudi memberikan dana untuk program kebajkan ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...