Rabu, 31 Mac 2010
Selasa, 30 Mac 2010
Julung kalinya ; Mesyuarat Agung PASTI Kawasan Kuala Krau kali pertama!

Sabtu, 26 Mac- Buat julung-julung kalinya DPP Kaw. Kuala Klrau di bawah Jabatan PASTI telah mengadakan Mesyuarat Agung PASTI Kawasan kali 1 di PASTI Sirajul Huda, Jengka 20.
Pengerusi Jabatan PASTI DPPK Kuala Krau, En Shafie Md Esa mengambil inisiatif mengadakan Mesyuarat Agung ini adalah untuk memberi peluang kepada semua guru-guru PASTI memberikan cadangan, pandangan, Pprbincangan masalah dan penyelesaiannya serta melantik Jawatnkuasa Majlis Guru PASTI (MGP) secara telus melalui mesyuarat ini.
Dalam ucapannya pada Majlis Perasmian, beliau meminta smeua guru PASTI di Kawasan perlu mengambil peluang seluas-luas mungkin di dalam mesyuarat agung kali pertama ini untuk meningkatkan kualiti serta memajukan PASTI di Kawasan Kuala Krau.
Mesyuarat ini telah di rasmikan Oleh Ustaz Sharif Yusof, merupakan seorang Pendakwah yang telah lama bergiat di dalam bidang pendidikan. Beliau pula menyentuh tentang kepentingan menjaga kualiti pendidikan anak-anak supaya anak-anak dapat menerima pendidikan Islam dengan baik sekaligus melahirkan anak-anak itu seorang Muslim yang baik pada masa hadapan.Beliau juga mengingatkan agar semua guru-guru tidak melepaskan pelung untuk menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh pihak PASTI bagi meningkatkan mutu pengajaran kepada generasi ISlam masa depan itu.
Turut hadir beberapa orang AJK DPPK Kuala Krau, AJK PAS CAwangan dan juga beberapa tetamu yang lain.
Khamis, 25 Mac 2010
Rumah AJK DPP Kaw. Kuala Krau terbakar
25 Mac 2010, Jengka 15 - Satu kebakaran telah berlaku di Jengka 15 tengahari tadi kira-kira jam 12 tengahari. Api yang marak menjulang itu mengambil masa hanya lebih kurang 10 - 15 minit sahaja untuk membakar rumah keluarga Engku Nur Zaman & Engku Ami Zahar yang ke dua adik beradik ini adalah AJK DPP KAw. Kuala Krau.
Semasa kejadian, adik kepada Engku Nur Zaman yang tinggal 6 beranak di dalam rumah tersebut tidak dapat berbuat apa-apa kerana api begitu cepat marak dengan tinggi. Beliau yang bergegas mencari anaknya dan sempat mengambil kunci kereta untuk mengalihkan kereta yang berada hampir dengan rumah.
Anaknya selamat kerana awal lagi telah melarikan diri ke rumah jiran sebelah. Bomba yang sampai agak lewat sedikit berjaya memadamkan api dan hanya tinggal bilik air sahaja yang tidak terkena api.
Punca kebakaran masih belum dikenal pasti namun, menurut Engku Ami Zahar kebakaran ini berpunca dari percikan api yang terbakar dari box punca elektrik terkena tilam dan kain-kain yang berdekatan sehingga menyebabkan api dengan cepatnya merebak.
Pada petang tadi, sampai rombongan dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau yang diketuai oleh Us Shahril Azman Abdul Halim dan beberapa AJK nya yang lain. PAda masa yang sama juga Ketua Polis dari Bandar Jengka juga datang untuk mengambil laporan.
Walaubagaimanapun kerugian masih belaum di kenal pasti. AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau mengucapkan takziah dengan apa yang telah menimpa keluarga Engku Nur Zaman & Engku Ami Zahar. Semoga Allah mentaqdirkan yang terbaik buat semua kelruarganya. Amin.
Langgan:
Catatan (Atom)