RM10 JUTA PROJEK KEBETULAN DI DUN KERDAU


Bagi calon PAS Kerdau Hassanuddin Salim, amat penting bagi beliau berjaya dalam percubaan kali keduanya merampas kerusi itu kerana ia akan memberikan isyarat, kesan dan makna yang mendalam terhadap perjalanan politik di Pahang.
Nampaknya, tidak cukup dengan janji-janji projek pembangunan datang mencurah-curah ke kawasan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau sekarang ini. Terbaru, terdapat maklumat yang diterima daripada seorang pengundi di Felcra Rumpun Makmur di Kerdau mengatakan mereka telah ditawarkan RM500 untuk setiap undi yang diberikan kepada BN pada hari pengundian pilihan raya tersebut 6 Mac ini. "Saya didatangi oleh beberap orang pemimpin UMNO setempat yang menawarkan bayaran RM500 jika mengundi BN. Dalam rumah saya ada empat orang yang boleh mengundi termasuk ibu bapa saya. Maknyanya kami berpeluang mendapat RM2,000 jika mengundi Barisan Nasional", kata seorang penduduk yang ditemui. Pendedahan ini sesuatu yang tidak mengejutkan sebenarnya. Malah, ia adalah senario yang biasa berlaku tatkala menjelangnya sesuatu pilihanraya. BN hanya boleh menang dengan taktik "rasuah pilihanraya", jika tidak nama parti itu tidak termasuk dalam fikiran para pengundi sebenarnya. Tambahan pula mereka yang sudah sekian lama terbeban dengan isu kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sekarang ini. Maka itulah, jalan terbaik ialah menawarkan ganjaran berbentuk wang ringgit agar pengundi tetap memberi undi kepada BN tanpa terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang. Inilah yang dimahukan oleh mereka sebenarnya.Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.
Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.
Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 - 1997.
Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.
Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.
AL FAATIHAH.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432 H / 27 Februari 2011 M
Sudah masuk hari kedua kempen, tetapi kem Umno masih berputar-putar mengenai status kelulusan calonnya, iaitu seorang bekas guru sekolah agama rakyat (SAR) yang dilantik sebagai penasihat agama Menteri Besar Pahang.Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.
Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.
Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.
Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.
TEMERLOH: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Jawatankuasa Kuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu antara pimpinan yang akan hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi pilihanraya kecil Dun Kerdau yang akan diadakan pada 24 Februari ini.