Program sumbangan kebajikan ini "Sekilo beras dan sekampit gula" telah menerima sumbangan orang ramai di sekitar Jengka dan Kerdau dan berjaya di sampaikan kepada beberapa golongan yang kurang bernasib baik di Kampung Badok, Teluk Sentang, Desa Purun, Batu Sawar dan Kg Dato Shariff.
Semua mereka sekitar 45 buah rumah telah menerima sekampit beras dan sekilo gula. Sumbangan telah di sampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz.
Beliau yang juga merupakan Timb. Ketua Pemuda PAS Pahang bersama-sama sekitar 20 pemuda termasuk ahli jabatan Amal Kuala Krau, pemuda Jengka dan Kerdau menyampaikan sumbangan tersebut bermula jam 9.30 pagi dan tamat sekitar jam 2 petang.
Sebuah rumah sebesar sebuah bilik di Teluk Sentang. Itu lah bilik, dapur, ruang tamu dan lain-lain...
Beliau mengucapkan terima kasih kepad semua yang terlibat menjayakan program kebajikan pada kali ini. Semoga usaha kita mendapat ganjaran di sisi Allah.Beliau juga berharap supaya pihak berwajib dapat "turun padang" melihat nasib rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan terutama kepada pihak kerajaan yang wajib membela nasib rakyat dan bukan hanya memilih "bulu".
Tiada ulasan:
Catat Ulasan