KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Khamis, 29 Julai 2010

KENYATAAN MEDIA MEMBANTAH PENGANJURAN FUN FAIR di BANDAR JENGKA

KENYATAAN MEDIA MEMBANTAH PENGANJURAN FUN FAIR di BANDAR JENGKA

Assalamualaikum wbt.

Kehadiran bulan Ramadhan kian dirasai oleh umat Islam. Kini kita semua telah masuk ke fatrah yang kian hamper kepada pengakhiran bulan Syaaban. Umat Islam diseur supaya membuat persediaan secukupnya bagi menghadapi b ulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau sentiasa prihatin dengan isu-isu semasa yang berlaku di kawasan ini. Pada 29 Julai 2010, DPPK Kuala krau dengan kerjasama PAS Kawasan akan menganjurkan Forum Perdana sempena kedatangan Ramadhan. Begitulah yang diamalkan oleh para salafussoleh terdahulu apabila tibanya bulan Syaaban. Mereka sudah mula menyibukkan diri dengan aktivti ibadah sempena Ramadhan yang kian hampir tiba. Begitulah mereka… cukup memuliakan Ramadhan…. Sesuai dengan pepatah.. “Ramadhan….kedatanganmu dinanti, kehilanganmu ditangisi…”

Namun demikiain, apa yang dikesalkan ialah penganjuran aktivit FUN FAIR di Stadium Mini Bandar Jengka. Sudah berminggu-minggu Fun Fair ini berlangsung tanpa sekatan. Kami Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau membantah sekeras-kerasnya penganjuran aktivit Fun Fair ini.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau juga merasa kesal dengan sesetengah pihak yang telah meluluskan Fun Fair ini. Sepatutnya pada bulan Syaaban ini, masyarakat Islam di Bandar Jengka yang majoritinya Islam disibukkan dengan program-program ibadah bagi melakukan persediaan menyambut bulan Ramadhan yang kian hamper tiba.

Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau meminta agar pihak berkuasa serta pihak berwajib menghentikan aktivit Fun Fair ini dengan sesegera yang mungkin. Kami juga menyeru agar pohak yang berwajib menganjurkan program ibadah seperti ceramah agama, forum sempena sambutan Ramadhan.

Sebaiknya duanjurkan forum perdana sempena sambutan Ramadhan di Stadium Tersebut… namun Fun Fair juga dihidangkan kepada umat Islam di Bandar Jengka bagi menyambut kehadiran bulan yang dinanti dan ditungu-tungu oleh mereka yang rindukan Allah dan Rasulnya.

Sekian, wasalam.

Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz,
Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...