KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sabtu, 3 April 2010

Pemuda Semangat MENAWAN PAHANG!!!

Ucapan Perasmi Oleh YB Hj Mahfuz Omar

3 April 2010, Jenderak - Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau pada hari ini berjalan dengan jayanya. Jumlah kehadiran yang membanggakan seramai 102 orang perwakilan dan pemerhati menunjukkan bahawa golongan muda mula memberikan sokongan yang padu kepada PAS.

Mesyuarat agung ini merupakan mesyuarat agung kali ke 22, telah di rasmikan oleh YB Dato' Hj Mahfuz Omar (Naib Presiden PAS). Dalam ucapannya beliau menegaskan bahawa golongan muda perlu mempunyai kefahaman yang jelas dalam berjuang dan bukan hanya semangat semata-mata. Beliau juga menyatakan golongan muda mesti berani menjadi BERANI dan takut menjadi PENAKUT dan jangan berani menjadi PENAKUT!!!

Selain itu, beliau juga mengingatkan supaya semua pemuda dan semua jentera bersedia kerana dalam keadaan sebegini apa-apa sahaja boleh berlaku. Pemuda mesti bersedia dengan persediaan yang sebaik mungkin untuk berhadapan dengan berbagai propaganda dari pihak UMNO/BN.

Di samping itu, dalam ucapan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, Us Shahril Azman Abdul Halim Al-hafiz, beliau menyatakan bahawa semua pemuda mesti bekerja keras untuk menawan negeri Pahang. Negeri Pahang mesti ditadbir urus dengan baik. Kadar jenayah juga semakin meningkat disebabkan kurang prihatinnya pihak UMNO/BN.

AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau

Beliau juga mengingatkan agar semua pemuda perlu mengerakkan kerja mendaftarkan anak-anak ahli PAS yang masih belum mendaftarkan diri. ini merupakan gerak kerja yang sangat penting. kemenangan di dalam pilihanraya merupakan perkara yang perlu juga menjadi fokus pemuda-pemuda.

Mesyuarat ini berehat seketika selepas tamatnya majlis perasmian dan bermula kembali pada jam 11.45 pagi di pengerusikan oleh Us Sharif YuSof sebagai Pengerusi Tetap.

Mesyuarat berjalan lancar sehinggan ke akhir agendanya iaitu ucapan penangguhan oleh wakil setiap DUN iaitu wakil dari Jenderak, Kerdau dan Jengka.

Wakil dari Kerdau Sdr Edy Yusme

Semuanya menyatakan sokongan padu dan ada yang membuat muhasabah. Pemuda jangan lupa aspek rohani diri masing-masing dan aspek tarbiah (ucapan wakil Kerdau). Pemuda mesti memikirkan program bebrbentuk rohani seperti qiamullail dan juga sentiasa menghadiri dan meramaikan usrah dii semua peringkat (ucapan wakil Jengka).

Mesyuarat ini berakhir dengan kata sepakat bahawa semua pemuda mahukan perubahan. Semuanya akan bersatu menggerakkan kerja bermula dari sekarangn untuk menawan negeri Pahang dari UMNO/BN yang tidak pandai mengurus dan mentadbir negeri sehingga berhutang dengan kerajaan pusat.

Mesyuarat tamat pada jam 1.55 petang. Semua menikmati jamua, solat zohor dan bersurai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...