Selama sebulan bertugas di Pahang, penulis menerima banyak perkhabaran tentang politik Pahang. Walaupun hampir 2 tahun PRU 12 berlalu, "bara" api penentangan rakyat Pahang terhadap UMNO dan BN negeri ini masih belum padam-padam; Dengan kepimpinan UMNO dan BN masih lagi berada di takuk lama, sedangkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP telah menampakkan komitmen masing-masing. Justeru itu, penulis penuh yakin dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini Pahang pasti akan dapat ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat!!!
Selepas PRU 12 yang lalu nampaknya UMNO dan BN Pahang langsung tak kesah atau sengaja buat-buat tak tahu yang rakyat mahukan perubahan! Menteri Besar dan anggota EXCO berterusan merancang dan melaksanakan agenda pembangunan yang tidak mendasari hati nurati rakyat mereka sendiri.
Terkini, 42,000 ekar kawasan pembalakan di Sg Lembing, Kuantan diluluskan kerajaan negeri kepada ASPA dan MENTIGA, untuk apa??? Mengapa terlalu rakus diperlakukan begitu??? Ia dilihat bukan untuk meningkatkan pendapatan hasil negeri semata-mata, tetapi memenuhi kehendak nafsu serakah pimpinan di negeri ini.
Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuantan, Puan Hajjah Fuziah Salleh secara terang dan berani mendedahkan berasaskan fakta sahih kelulusan kerajaan negeri dibuat tanpa melalui sistem yang ditetapkan (kajian EIA) oleh Badan atau Institusi yang berpaksikan kepada suara rakyat, iaitu Parlimen/DUN yang menggubal sesuatu undang-undang dan peraturan.
Jika benar kerajaan pimpinan UMNO dan BN prihatin, mengapa isu-isu besar yang mendasari kemahuan rakyat itu boleh terlepas pandang??? Kesan dan bahaya yang mungkin menimpa rakyat atau penduduk tempatan tidak diperdulikan!!! Banyak lagi isu-isu pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Adnan Yaakob tidak disenangi rakyat. Antaranya, tadbir urus negeri yang tempang, mengakibatkan negeri Pahang memasuki tahun ke-12 difisit bajetnya... Rakyat masih hauskan nikmat hasil negeri yang tidak diagihkan dengan sama rata, sebaliknya mereka dibebani dengan hutang kerajaan negeri yang dikatakan mencecah RM2 billion...
Tiada cukup asas pengetahuan tentang ekonomi dan pentadbiran adalah di antara punca Pahang gagal dibangunkan dan dimajukan oleh Menteri Besarnya. Seorang Menteri Besar sepatutnya bukan setakat dilihat bersih tapi mestilah melaksanakan perancangan dan pembangunan dengan cekap, berani serta amanah!!!
Berbalik soal desakan dan tuntutan rakyat Pahang yang masih belum dipenuhi oleh kerajaan UMNO dan BN Pahang, masa yang ada dirasakan terlalu suntuk. Hanya tinggal 2 tahun saja lagi... Bak kata Mantan PM, Tun Dr Mahathir, UMNO memang dah cukup parah! Parah separah-parahnya!!!Mana mungkin masa yang berbaki 2 tahun mencukupi untuk mereka tunaikan janji-janji politik setinggi langit tanpa sempadan???
Pahang kini benar-benar panas! Suhu politik Pahang turut dipanaskan lagi dengan desas-desus kononnya ramai di kalangan pimpinan UMNO di semua 14 Bahagian mahu melakukan reformasi dalaman, tetapi mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti perubahan yang bakal berlaku di negeri ini...
Walau apa pun, yang pastinya, dengan kesepakatan Pakatan Rakyat Pahang dan di atas desakan rakyat Pahang sendiri, penulis cukup yakin Negeri Pahang adalah di antara negeri-negeri yang bakal ditawan oleh Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti! Sama-samalah kita mendoakan...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan