KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Rabu, 23 September 2009

DPP Raikan Anak Rantau dengan IJTIMA' AIDILFITRI

Selasa - 22 September / 3 Syawal 1430 - Ijtima' Aidilfitri pada Selasa telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Sekitar 250 - 300 peserta atau anak rantau yang telah pulang ke Jengka telah hadir ke Majlis Ijtima' Aidilfitri yang telah diadakan di Tapak Pekas Sehari Simpang Jengka 19.

Program yang bermula jam 9 pagi itu telah dirasmikan oleh Naib Presdien PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang. Turut hadir pada majlis perasmian ialah Ustaz Kamal Ashaari, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, Timb. Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau.

Dalam ucapan Naib Presiden itu, beliau amat mengharapkan agar kita meryakan Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran dan memperbanyakkan takbir dan tahmid.

Selain itu, dalam ucapan takbir raya yang kita laungkan kata beliau, walaupunn kita gembira dengan hari raya, jangan kita lupa dengan perjuangan Islam, kerana di dalam takbir raya itu terkandung mesej yang sangat penting di mana Islam meminta kita supaya tidak melupakan bahawa perjuangan Islam berjaya mengalahkan tentera Ahzab satu ketika dahulu.

Ini bermakna kita amat perlu menitikberatkan soal halal haram, dosa dan pahala walaupun ketika menyambut hari raya.


Di samping itu, beliau juga mengharapkan agar semua anak rantau dapat membantu perjuangan Islam dan agar semuanya dapat berkhidmat di tempat asal mereka.

Akhirnya beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Negeri Pahang amnya dan khususnya anak rantau yang diraikan di dalam ijtima' pada kali ini.

Program ini berakhir dengan jamuan hari raya.

Sekalung penghargaan kepada pengajur utama Dewan Pemuda PAS Kaw. Kuala Krau dengan kerjasama Muslimat & Nisa' Kaw. Kuala Krau. Tidak lupa juga buat Pemuda PAS Caw. Jengka 19 yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program yang amat baik ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Khamis, 17 September 2009

Ijtima' Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri

SEMUA ANAK-ANAK PERANTAUAN
DI JEMPUT UNTUK HADIR KE
KLIK PADA GAMBAR UNRUK IMEJ LEBIH JELAS

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI

PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL FITRI
Oleh : Presiden PAS

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.


Ramadhan Al Mubarak telah pergi meninggalkan kita, setelah kita berpuasa sebulan dalam bulan yang diberkati ini. Moga-moga Ramadhan yang baru sahaja berlalu itu telah mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertaqwa sebagaimana natijah serta hikmat puasa itu sendiri.


Tanda orang bertaqwa pula ialah kita menjadikan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. sebagai panduan yang hakiki dalam kita melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan cabaran ini. Ianya merangkumi pelbagai cabang kehidupan kita : bukan setakat makan-minum-pakaian yang halal semata-mata, tetapi juga cara untuk menguruskan rumahtangga, berhubung sesama manusia sebagai rumpun jiran tetangga dalam sebuah masyarakat, bahkan hinggalah kepada cara bernegara.


Bersempena dengan kedatangan bulan Syawal ini, marilah sama-sama kita membuktikan tarbiyah Ramadhan dengan kita terus istiqamah kepada panduan Al Quran dan Sunnah, marilah kita menguatkan persaudaraan di kalangan umat Islam, bermaafan dan berkasih sayang di antara satu sama lain, kunjung mengunjung dengan penuh tawadhuk dan berpandukan kepada akhlak Islam yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Dengan buah taqwa ini jugalah ianya mengajar kita untuk menyelesaikan semua masalah dan perkara yang menjadi perbalahan di kalangan umat Islam khususnya dalam perkara politik yang menentukan dasar dan halatuju negara dengan panduan Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menyampaikan ucapan “Eid Mubarak” kepada seluruh ahli dan penyokong serta saf kepimpinan Parti Islam SeMalaysia (PAS), dan juga seluruh rakyat beragama Islam di dalam negara kita ini tanpa mengira fahaman politik mereka. Marilah kita sama-sama bermaaf-maafan dan menjadikan Syawal ini sebagai titik tolak kepada keyakinan kita bahawa Al Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. adalah panduan kita yang hakiki dalam kehidupan kita ini.


Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Isnin, 14 September 2009

HIMPUNAN PEMUDA : Ihya Ramadhan Menjana Semangat BADAR!!

Ahad, 13 September, Bandar Jengka, - Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau telah menganjurkan HIMPUNAN PEMUDA bagi menghidupkan bulan Ramadhan yang penuh barakah ini. Program ini bermula pada petang Sabtu 12 September dan berakhir pagi Ahad 13 September .

HIMPUNAN ini yang telah di adakan di Pusat Tarbiah PAS Jengka 19 bermula dengan program bersama masyarakat. Pimpinan DPP Kaw. Kuala Krau telah mengagihkan bubur lambuk kepada warga felda di Bazar Ramadhan simpang Jengka 19.

Kemudian disusuli dengan tahlil ringkas dan majlis Iftar bersama pimpinan DPP Kaw. Kuala Krau. Semua pemuda yang hadir serta beberapa penduduk yang berhampiran turut hadir.

Al-Fadhil Ustaz Shahril sewaktu menunggu waktu berbuka

Usai solat Maghrib, semua sidang yang hadir telah di hidangkan pengisian rohani (tazkirah ringkas) oleh Al-Fadhil Ust Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz selaku Ketua DPP Kaw. Kuala Krau.

Program diteruskan lagi dengan solat Isyak berjemaah dan solat Terawikh.

Selepas solat terawikh, bermulanya Ucapan Taujihat oleh Al-Fadhil Ust Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz selaku Ketua DPP Kaw. Kuala Krau yang juga merupakan Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang.

Dalam ucapannya, beliau telah membakar semangat semua pemuda dengan ucapannya yang lantang. Beliau telah mengingatkan semua bahawa Allah akan menggantikan golongan yang lain andainya kita tidak mahu memperjuangkan Islam. Allah akan menggantikan golongan yang lebih baik dan mereka itulah yang akan memperolehi kelebihan sebagai pejuang Allah.

Pemuda-pemuda yang hadir

Sebelum akhir, beliau menyeru kepada semua agar memperbanyakkan doa supaya semua pemuda yang hadir terus sentiasa thabat bersama dengan jemaah Islam serta memperjuangkan agama Allah ini.

Sekitar jam 11 malam, semua peserta telah diberikan rehat bagi menambah tenaga untuk bangun qiamullail. Qimaullail bermula jam 4 pagi. Program ini berakhir dengan Kuliah Subuh.

Semua pemuda yang hadir amat berbangga khususnya pemuda dari Jengka 19 dengan program yang telah dijalankan dan mereka amat mengharapkan agar program dan pertemuan seperti ini mestilah diteruskan bagi memastikan cita-cita murni untuk menewaskan Barisan Nasional pada PRU 13 akan tercapai seterusnya memperolehi kemenangan yang besar di Negeri Pahang khususnya dan Malaysia amnya. Allahuakbar!!.

Isnin, 7 September 2009

HIMPUNAN PEMUDA

12 SEPTEMBER 2009M / 22 RAMADHAN 1430H

SABTU

JAM 5.30 PETANG

DI MARKAZ PAS JENGKA 19


TENTATIF :

  • 5.30 - Edar Bubur Lambuk di Bazar Ramadhan
  • Iftar Jamaie bersama EXCO DPP Kaw. Kuala Krau
  • Solat Maghrib, Isyak berjemaah
  • Solat Terawikh berjemaah
  • Ucapan Taujihat Oleh Ketua Pemuda DPP KAw. Kuala Krau
  • Qiamullail
  • Sahur
  • Solat Subuh Berjemaah
  • Kuliah Subuh
  • Bersurai....

SEMUA PEMUDA DI DALAM KAWASAN KUALA KRAU
DI WAJIBKAN HADIR....Sebarkan...


"Hidupkan Ramadhan dengan Ibadah.."

Sabtu, 5 September 2009

Ramadhan dan penurunan (nuzul) al-Quran

Terdapat kajian oleh pihak berkenaan yang menyebut bahawa beransur-ansur dalam melaksanakan undang-undang bukan maksud beransur-ansur dalam menurunkan syariat. Ini adalah terjemahan yang tidak betul.Barangkali hasil daripada terjemahan inilah menyebabkan arak masih dibenarkan dijual di negara ini, dihalalkan buat semenara waktu kemudian dikarakan akan diharamkan terus sebagaimana pernah berlaku pada zaman Nabi Muhammad s.a.w di samping kononnya dilaksanakan syariat secara sedikit demi sedikit.


Oleh kerana terjemahan tidak betul maka fahaman pun turut sama menyeleweng. Tasyri' dalam bahasa Arab adalah masdar (Kata terbitan) dari Syara'a, tayri'an. Maka tasyri' itu ialah membuat undang-undang bukan mendaulatkan undang- undang.


dalam menyebut undang-undang (tasyri') memang berlaku secara tadarruj (beransur-ansur) di mana undang-undang ini dikatakan beransur-ansur oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w secara tadarruj, beransur-ansur ayat demi ayat.


Inilah sejarah turunnya al-Quran yang bukan sahaja diwahyukan kepada Nabi Muhammad pada bulan Ramadhan, tetapi mewahyukan juga kepada masa-masa lain.


Yang dimaksudkan dengan ditutunkan al-Quran di sini islah turun daripada Loh Mahfuz ke Baitul 'Izzah pada bulan Ramadhan. Inilah kelebihan bulan Ramadhan yang diturunkan padanya al-Quran.


Firman Allah SWT yang bermaksud "(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang pasanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah." (al-Baqarah ayat 185)


Sekiranya kita mahu mengetahui yang mana betul dan yang mana salah, bukalah al-Quran maka di sana tahulah yang mana betul dan yang mana sebaliknya. Dengan sebab itulah Allah berfirman yang bermaksud:"Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (al-Quran) dan (Sunnah) Rasul-Nya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya." (An-Nisaa ayat 59)


Sekiranya kamu bertelinkah dalam apa-apa masalah sekalipun, kembalilah kepada al-Quran maka bertemulah yang mana betul dan yang mana salah. Kebiasaanya orang Islam bertelingkah kerana mereka tidak mengetahui. Yang tidak mengetahui mestilah kembali kepada al-Quran dan hadis Nabi Muhammad s.a.w sehingga apabila kembali kepadanya semua menjadi betul dan baik. Inilah dia cara Islam.


Kalau tidak mahu kembali kepada al-Quran itu bukan cara Islam dan sekiranya takut kembali kepada al-Quran, mereka yang berkenaan itu dikuasai oleh syaitan. Firman Allah yang bermaksud :"Maka sesiapa yang menyaksikan di kalangan kamu bulan Ramadhan maka hendaklah dia berpuasa." surah al-Baqarah ayat 185.


Sesiapa yang menyaksikan bulan Ramadhan (yang dia berada di dalam bulan Ramadhan) di mana bulan itu berlaku sama ada dengan melihat anak bulan ataupun dengan tidak melihatnya, tetapi disabitkan apabila berlakunya cuaca yang buruk maka disempurnakan bulan Syaaban itu kepada 30 hari.


Maka selepas itu umat Islam hendaklah berpuasa bulan Ramadhan kerana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berhari rayalah kamu dengan melihat anak bulan. Jika sekiranya dikelamkan kepada kamu (berlaku cuaca buruk) maka sempurnakanlah bulan Syaaban itu 30 hari."


Kejadian luar biasa di bumi Makkah

Begitu juga dengan bulan Ramadhan, sekiranya anak bulan Syawal tidak kelihatan, maka dicukupkan puasa Ramadhan sehingga 30 hari. Sekiranya melihat anak bulan Syawal, maka hendaklah Muslimin menyambut Aidilfitri, jangan mahu cukupkan puasa Ramadhan sebanyak 30 hari, perbuatan sebegini adalah haram.


Sebagaimana berlaku di Makkah pada tahun 1998 di mana hari yang ke-28 puasa sudah kelihatan anak bulan.


Ini suatu kejadian luar biasa kerana [enduduk Makkah berpuasa Ramadhan dalam keadaan cuaca buruk lalu mereka menyempurnakan bulan Syaaban 30 hari dan mereka berpuasa lewat sehari. Tiba-tiba pada hari yang ke-28 anak bulan syawal kelihatan.


Apabila anak bulan Syawal kelihatan walaupun puasa baru 28 hari maka mereka hendaklah berhari raya paad hari yang ke-29 dan hendaklah diqada puasa Ramadhan sehari sebagai ganti hari yang ditinggalkan (bagi mempercukupkan puasa 29 hari).


Ini kerana bulan Islam ini sekurang-kurangnya 30 hari, tidak boleh lebih dari 30 hari. Firman Allah Taala yang bermaksud:" Dan sesiapa yang berasa dalam keadaan sakit ataupun dalam keadaan musafir, maka hendaklah dia mengulanginya paa hari-hari yang lain." - Al-Baqarah ayat 185


Orang yang berkenaan boleh qada pada hari yang lain sebab apa masalah qada ini diulang buat kali yang kedua? Tujuannya ialah untuk menjelaskan lagi bahawa sesungguhnya inilah kemudahan yang diberi oleh Allah SWT kepada mereka yang berkenaan dan boleh jadi ada orang yang salah faham dalam masalah ini.


Firman Allah yang bermaksud: "Maka sesiapa yang menyaksikan di kalangan kamu bulan Ramadhan maka hendaklah dia berpuasa." Surah al-Baqarah ayat 185


Boleh jadi ada yang memahami bahawa ayat ini memansukhkan ayat yang terdahulu daripadanya. leh kerana ayat ini kemudian dan ayat yang terdahulu lain, maka Allah menyebut sekali lagi bahawa sesiapa yang sakit ataupun musafir, maka hendaklah dia mengulanginya pada hari-hari lain.


Firman Allah yang bermaksud: "Allah menghendaki kemudahan kepada kamu dan Dia tidak menghendaki kepayahan berlaku kepada kami." - Al-Baqarah ayat 185.


Kamu hendaklah sempurnakan bilangan bulan Ramadhan (masanya) dalam menunaikan qada puasa yang ditunaikan itu. Jangan kamu meninggalkan puasa tiga hari dan mengqadakannya hanya dua hari dan seumpamanya.


Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan hendaklah kamu membesarkan Allah dengan memuji-Nya." - Al-Baqarah ayat 185


Membesarkan Allah SWT di atas apa-apa yang telah ia beri petunjuk kepada kamu.


Kamu hendaklah membesarkan Allah terutamanya selepas hari raya, sidunatkan kita berlafaz dengan lafaz takbir, membesarkan Allah di atas petunjuk yang telah diberi kepada kita di mana tidak ada nikmat yang lebih besar daripada nikmat Islam.

Dinukilkan daripada buku 'Tauhid Uluhiyyah dan Tauhid Rububiyyah' oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, muka surat 116-123 terbitan Dewan Muslimat Sdn Bhd 1999.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...