KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Selasa, 6 Oktober 2009

Biadap: Pemuda PAS Pahang lapor polis

Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) pada Jumaat telah membuat laporan polis terhadap Sister in Islam (SIS) dan JAG kerana menghina Islam dalam kes sebat Kartika dan menuntut pihak berkuasa bertindak tegas ke atas sebarang usaha yang mengancam pelaksanaan undang-undang Islam di negara ini.

Timbalan Ketua Pemuda Negeri, Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Temerloh kira-kira jam 3 petang.

Laporan tersebut berhubung kenyataan yang dikeluarkan oelh Pengarah Eksekutif Sisters in Islam, Dr hamidah Marican dan kumpulan Tindakan Bersama Untuk Persamaan Jantina (JAG) sebagaimana disiarkan akhbar Sinar harian bertarikh 1 Oktober 2009 (Khamis) yang bertajuk: Jangan Sebat Kartika: NGO.

Menurut Shahril yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau dalam kenyataan medianya berkata, DPPNP beranggapan kesan daripada kenyataan itu adalah penghinaan terhadap sistem perundangan syariah di negara ini.

“Akibar daripada kenyataan yang tidak bertanggungjab itu telah berlaku kecederaan perasaan yang amat snagat kepada umat Islam yang boleh mengganggu ketenteraman dalam masyarakat sehingga menimbulkan kegelisahan ummah”.

“Kami sangat sedih dan dukacita terhadap kenyataan biadap Dr hamidah yang kami anggap sangat memperlekeh hukuman sebat ke atas Kartika Dewi Shukarno oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan apabila beliau menganggap hukuman tersebut sebagai kejam dan perlakuan yang menjatuhkan maruah serta mencabul hak asasi manusia”.

“Kenyataan tersebut bersifat ancaman terhadap undang-undang syariah. Undang-undang syariah yang diamalkan di engara ini merupakan sebahagian daripada sistem perundangan yang termaktub dalam perlembagaan negara yang mesti dipatuhi dan dihormati. Sebarang usaha memperlekeh, menghina dan menentang sistem perundangan ini merupakan suatu kesalahan yang mesti diambil tindakan sekeras-kerasnya”.

“Kami menganggap kenyataan SIS dan JAG beranggapan pelaksanaan sistem syariah telah berlaku ketidakadilan jantina dalam hukuman yang dimaksudkan, kami ingin bertanya mengapa mereka tidak mengambil sikap yang serupa terhadap hukuman sivil bagi kesalahan membabitkan penyalahgunaan dadah”.

“Oleh yang demikian kami menuntut pihak berkuasa dan kerajaan bertindak tegas ke atas sebarang usaha oleh mana-mana pihak yang mengancam secara penuh prejudis terhadap amalan dan pelaksanaan Islam dalam negara ini”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...