KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita. Papar semua catatan

Ahad, 20 Oktober 2013

KEJOHANAN FUTSAL DUN JENGKA

YDP PAS Kawasan Kuala Krau, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man bersama urusetia kejohanan
Ahad, 20 Oktober 2013. Bandar Jengka.
Hari ini telah berlangsung Kejohanan Liga Futsal dianjurkan oleh Pemuda PAS Bandar Jengka dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau. Kejohanan yang dirasmikan oleh Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Krau, Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man ini telah berjaya menarik banyak penyertaan. Antara yang menyertai kejohanan ialah kakitangan dari Hospital Jengka selain anggota Pertahanan Awam Cawangan Jengka. Pasukan yang terdiri daripada belia sekitar Gugusan Jengka juga turut serta memeriahkan pertandingan yang memberikan saingan sengit bagi menjuarai kejohanan ini.

Juara Kejohanan ialah Pemuda Jengka 12, Naib Juara Pemuda Jengka Mahkota manakala tempat Ketiga Pemuda Jengka 20

Jumaat, 6 Januari 2012

60 peneroka Jengka 15 terima bantuan "Kembali Ke Sekolah"





6 Jan 2012, Jengka 15 - Seramai 60 peneroka di Jengka 15 telah menerima sumbangan awal persekolahan menerusi program "Sumbangan Kembali Ke Sekolah" yang dianjurkan oleh PAS Cawangan Jengka 15 dengan kerjasama PAS Kawasan Kuala Krau.

Program yang dianjurkan itu telah disampaikan sumbangannya kepada peneroka oleh Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Bin Abdul Halim Al-Hafiz, Ketua Pemuda PAS Pahang yang juga Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau.

Turut serta menyampaikan sumbangan ialah Ketua Muslimat PAS Kawasan Kuala Krau Ustazah FAtimah Muhamad. Selain itu, turut hadir menjayakan program sumbangan ini ialah Ustaz Abdul Rahim (Ketua Cawangan PAS Jengka 15), Engku Amizahar (Exco Dewan Pemdua PAS KAwasan Kuala Krau), beberapa AJK Muslimat KAwasan Kuala Krau dan Jawatankuasa Pemuda CAwangan Jengka 15.

Kebanyakan penerima sumbangan ini ialah dikalangan peneroka yang sangat memerlukan bantuan untuk menyekolahkan anak-anak mereka.

Mereka sangat berterima kasih kepada pihak PAS kerana mengambil berat nasib mereka yang sangat memerlukan bantuan.

Inilah yang dianjurkan oleh Islam, "bertolong bantu dalam perkara kebajikan."

Dalam ucapan Us Shahril, sebenarnya program seperti ini adalah rutin Parti PAS dan Pakatan Rakyat. Kita akan sentiasa mencari dana untuk membantu masyarakat yang memerlukan bantuan. Walaupun media arus perdana tidak hadir untuk mengambil berita program-program PAS, namun PAS tetap meneruskan agenda kebajikan kepada ahli dan masyarakat tidak kira dari parti mana asalkan mereka memerlukan bantuan. Kami akan turun membantu. Biarlah apa orang kata, PAS tetap terus dengan agendanya.

Lagi gambar : http://www.facebook.com/medi/set/?set=a.348629131817646.96250.100000116851866&type=1

Rabu, 30 November 2011

Dato Tuan Ibrahim & Us Shahril Azman ziarah mangsa kemalangan



30 November, Rabu, Jengka 16 - Khairul Azman Ismail, 28 yang menaiki motorsikalnya telah bertembung dengan sebuah kereta di jengka 14 dalam perjalanan pulang ke rumah di jengka 16 sekitar jam 8 malam pada 21 Novmber yang lalu. Beliau yang patah kaki kanan dan retak kaki kiri di betis telah menerima rawatan di Hospital Temerloh selama 8 hari dan kini sudah di bawa pulang ke rumah.

Al-Fadhil Dato Tuan yang melihat kecederaan mangsa

Beliau merupakan anak kepada salah seorang peneroka di jengka 16 yang telah mendirikan rumah tangga dan mempunyai seorang anak itu bertuah kerana telah dikunjungi oleh Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang), Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (Ketua Pemuda PAS Pahang) serta beberapa Jawatankuasa Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau pada pagi ini.

Dalam kunjungan dan ziarah ringkas itu, Al-Fadhil Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Pesuruhjaya PAS Pahang), Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (Ketua Pemuda PAS Pahang) telah menyampaikan sumbangan dan mendoakan agar beliau semakin pulih seperti sediakala dan dapat menjalankan aktiviti dengan lebih baik selepas pulih nanti.

Khamis, 25 Ogos 2011

Kenyataan Akhbar Membantah Larangan Tazkirah!!

Dewan Pemuda PAS Pahang amat kesal dengan pengharaman tazkirah Ramadhan disemua surau dan masjid seluruh negeri Pahang oleh MUIP. LARANGAN dan PENGHARAMAN tazkirah di masjid dan surau adalah suatu kejutan baru di Malaysia selepas ia diisytiharkan sebagai sebuah NEGARA ISLAM.

Merujuk kepada Buletin TV3 jam 1.30 (22/8/2011 ), Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) telah mengharamkan semua majlis tazkirah di masjid dan surau di negeri Pahang. Timbalan Pengarah MUIP telah mengatakan majlis tazkirah telah menggangu majlis ilmu.

Adakah pengharaman tazkirah ini hanya berdasarkan aduan seorang individu atau exco kerajaan negeri maka menyebabkan MUIP takut dan terus ikut telunjuk mereka? Lalu tanpa sebarang siasatan terus mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah. Janganlah kita menjadi penghalang kepada perkembangan agama Allah. Ingatlah peringatanNya di dalam surah al-Baqarah ayat 114: "Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang-orang yang menyekat dan menghalang dari menggunakan masjid-masjid Allah utk sembahyang dan menyebut nama Allah (tazkirah)..."

Sepatutnya MUIP sebagai sebuah institusi agama yang besar bertindak lebih matang dan berakhlak dengan memanggil penyampai tazkirah utk menyiasat adakah benar beliau menyampaikan tazkirah yang bertentangan dengan al-Quran dan as-Sunnah, BUKAN mengharamkan tazkirah dan menyekat majlis ilmu!

Tazkirah menjadi dimensi untuk mendidik umat Islam secara tidak langsung. Institusi pendidikan bukan sekadar di sekolah, kolej atau universiti semata-mata. Malah masjid, surau dan madrasah menjadi platform menyuburkan Islam sejak zaman berzaman.

Kemungkinan pula hala tuju larangan itu menjurus kepada tazkirah menjadi ceramah politik. Takkan lah seorang pentazkirah apabila menghuraikan ayat-ayat al-Quran yang mengharamkan riba, rasuah, judi, haramnya bersalam antara lelaki dan perempuan, wajib pakai tudung dan sebagainya sudah dikira mengganggu ibadah orang ramai?

Kini rakyat bertambah malu untuk menobatkan Malaysia 'Negara Islam' apabila ajaran Islam cuba dihalang oleh orang Islam sendiri, apatah lagi yang menghalang itu sebuah institusi yang bertanggungjawab menjaga agama!. Tazkirah yang diadakan sekadar mengulas ayat al Quran dibaca ketika solat. Sekiranya menyentuh pelbagai isu mengenai kehidupan manusia, itu realitinya sebuah kitab suci. Al Quran diturunkan dari Allah Taala yang mengatur segala kehidupan manusia.

Apabila proses memberi kefahaman, ayat-ayat Allah berlaku, orang ramai akan faham maksud isi kandung al Quran. Ketika sembahyang mereka akan mengingati maksud-maksud ayat yang dibaca imam. Sembahyangnya tentu menjadi lebih khusyuk.

Oleh itu, DPPNP membantah keras larangan ini dan mendesak supaya pihak MUIP menarik balik larangan tazkirah kerana ia akan menyebabkan orang jahil bertambah jahil dan orang alim membisu, maka ia akan memberi kesan kepada kehancuran sebuah negara.


Shahril Azman Abdul Halim

Ketua Pemuda PAS PAhang.

Jumaat, 24 Jun 2011

HIMPUNAN BERSIH SELARAS AJARAN ISLAM, PEMUDA PAHANG HANTAR 14,000 PEMUDA

Pemuda PAS Pahang menyokong penuh himpunan bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini selaras dengan aspirasi seluruh rakyat Malaysia. Kami juga telah mengarahkan seluruh ahli pemuda PAS Pahang menghadiri perhimpunan aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan telus dan menjangkakan 14,000 peserta akan hadir. Dalam pilihan raya umum dan kecil yang lalu, terlau banyak penyelewengan berlaku seperti pertindihan nama pengundi, penyelewengan undi pos, pengundi hantu, pengurusan pilihan raya yang lemah dan banyak lagi. Tujuan himpunan bukan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Tunisi dan Mesir sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar UMNO BN, tetapi untuk menuntut keadilan, menuntut supaya SPR mengendalikan Pilihan Raya di malaysia secara adil dan bersih serta tiada unsur penipuan.

Inilah tujuan utama perhimpunan aman bersih 2.0 ini diadakan iaitu menuntut 8 perkara, antaranya menuntut hentikan rasuah, hentikan politik kotor, bersihkan senarai undi & penggunaan dakwat kekal pada jari. Tuntutan Bersih ini sangat adil buat semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Semua akan mendapat jaminan pilihan raya yang adil dan telus. Kami tidak melihat dimanakah mudaratnya tuntutan dan perhimpunan aman ini. Malah, menuntut supaya diadakan pilihan raya yang adil dan telus adalah selaras dengan ajaran Islam.

Kami juga telah mengarahkan supaya semua ahli yang menyertai perhimpunan ini dibuat secara aman & santai dengan tidak membawa apa-apa senjata. Malah kami amat menggalakkan peserta membawa keluarga sambil menikmati pemandangan Kota Raya Kuala Lumpur, mereka boleh beriadah bersama anak dan isteri. apabila selesai perhimpunan,mereka boleh guna kesempatan untuk makan dan membeli belah bersama keluarga. Perkhidmatan teksi juga mereka boleh gunakan untuk membawa mereka ke destinasi yang hendak dituju. “Kami tidak nampak sebarang ancaman dan mudarat pada perhimpunan tersebut. Saya fikir, peniaga dan pengusaha teksi akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada biasa.

Tujuan kita jelas, dan sikitpun tidak bertentangan dengan syariat Islam bahkan cara kita juga jelas tidak bertentangan dengan Islam, kita akan berhimpun secara aman sebagaimana yang dibenarkan oleh perlembagaan. Kalau tak aman ia bukannya datang dari pihak BERSIH tetapi ia datang dari pihak lain, mungkin pemuda UMNO, PERKASA atau pihak POLIS yang mungkin sengaja menimbulkan provokasi. Ulama UMNO mengatakan himpunan BERSIH haram kerana ia akan menimbulkan mudarat kepada orang awam?! Saya nak tanya ulama UMNO, manakah mudarat yang lebih besar? Antara himpunan BERSIH yang diadakan lebih kurang 2 ke 3 jam sahaja sehingga menyebabkan jalan sesak dan menjejaskan rezeki pemandu teksi dan peniaga, kononnya, berbanding penipuan yang dilakukan oleh SPR sehingga menyebabkan pemerintah zalim dan tidak berlandaskan syariat Islam terus kekal memerintah negara? Islam meletakkan kaedah: Apabila bertembung dua mudarat maka pilih lah mudarat yang lebih ringan kesannya. Maka dalam kes di atas sudah pastilah mengekalkan pemerintah yang zalim mudarat dan bahayanya lebih besar berbanding himpunan BERSIH. Maka sebab itulah DR. Yusuf al-Qaradhawi mengeluarkan fatwa bahawa rakyat Mesir wajib keluar berhimpun di Dataran Tahrir dan sekiranya mereka mati dalam perhimpunan itu, adalah mati syahid kerana mereka berjuang untuk menumbangkan kerajaan zalim Husni Mubarak. Oleh itu DPPNP menyokong penuh himpunan BERSIH 2.0 dan insyaAllah akan menghantar 14,000 pemuda untuk menyertai himpunan tersebut.

Sekian kenyataan saya,

SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ

Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang

Selasa, 7 Jun 2011

Peneroka di Jengka jangan tertipu lagi!!

Stadium mini, bandar jengka yang asyik bersemak dan hambar kini cantik dengan cat yg baru dan penambahan tempat duduk di kiri dan kanan pentas utama


Desas - desus dari sumber yang boleh di percayai telah mengatakan bahawa najib bakal turun ke Jengka menemui peneroka felda di Jengka 7 Julai 2011. Ini adalah kerana beberapa persiapan yang telah di lakukan oleh pihak berwajib menceriakan dan membuat persedia bagi mneyambut PM julai nanti.

Berita desas desus ini di kuatlan lagi dengan banner yang terpampang "Gotong Royong Perdana" sempena Hari Peneroka nanti. Lihat banner di bawah :

Banner gotong royong sempena hari peneroka

Selain itu, menurut sumber2 yang diterima penduduk jengka bakal menerima projek-projek pembanguna yang baru. Antara yang di sebut ialah Terminal Jengka akan berubah, Pasar borong, jalan raya dan banyak lagi. Tidak ketinggalan juga yang sedang giat di bangunkan di bandar jengka ialah restoran dan kedai makan dalam pagar yang kini sedang di bangunkan.

Tidak syakk lagii memang PM Najib akan turun ke jengka dan akan menjanjikan sesuatu buat warga jengka.

Bagi saya sepatutnya Jengka sudah di angunkan dahulu lagi. tetapi apabila hampirnya tiba pilihanraya maka Pm akan turun ke jengka untuk menggembirakan peneroka felda di jengka..

agenda lain juga semestinya peneroka akan di janjiikan dengan bermacam-macam2 habuan untuk meraih undi. itu sudah biasa....

Di Kesempatan ini...saya nasihatkan peneroka felda di jengka supaya bijak membuat pilihan dalam pru akan datang. jgn hanya gembira dengan habuan yang sementara tetapi kecewa dan sedih memannjang sampai ke akhirat kerana memberi sokongan kepada pemimpin yang zalim....

setiap hari kita di tindas dalam diam2....... PAS ganti umno/be END!!

(SUMber)

Isnin, 16 Mei 2011

Muktamar Pemuda Negeri Pahang, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim 'Menang' Tanpa Bertanding Bagi Jawatan Ketua Pemuda PAS Sessi 2011 - 2013

KERDAU, 15 Mei - Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (foto) memenangi jawatan Ketua Pemuda PAS Pahang tanpa bertanding untuk sesi 2011-2013 dalam Muktamar Pemuda Negeri hari ini. Beliau menggantikan Ustaz Suhaimi Saad yang sudah melepasi usia 40 tahun. Shahril ialah Timbalan Ketua sebelum ini dan merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau. Timbalan Ketua Pemuda Negeri pula disandang oleh Ketua Pemuda Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim dalam pertandingan satu lawan satu dengan Setiausaha Dewan, Ustaz Junaidi Ishak. Ustaz Nazri dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda setelah mengalahkan Ustaz Yuslaidi dari Jerantut. Bagi jawatankuasa pula, undi teringgi diperolehi oleh muka lama U. Muhammad Azmi diikuti naib pada sesi lalu Fadzli Ramly. Muktamar Pemuda bermula petang semalam dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berlangsung di Darul Hikmah, Kerdau. Sementara itu Muktamar Dewan Pemuda PAS yang sedang berlangsung hari ini di Dewan Markas PAS Kerdau mengambil ketetapan mengutuk penangkapan empat aktivis rakyat dari DAP dalam himpunan Bantah Lynas di hadapan Pusat Khidmat DAP, Jalan Beserah pagi tadi. Pihak polis sepatutnya bertindak untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukannya jaga syarikat yang meresahkan rakyat dalam isu Lynas menurut satu kenyataan petang tadi. selamatkanpahang

[Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang yang baru, Ustaz Shahril Azman atas kemenangan yang sungguh menyakinkan ini. Semoga dengan ini pemuda akan bertambah perkasa dengan arus perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara tercinta ini hendaknya. Amatlah diharapkan agar Ketua Pemuda PAS yang baru dapat mengembling tenaga dengan Ketua Pemuda DAP dan Ketua AMK PKR dalam merealisasikan hasrat untuk membawa perubahan besar rakyat negeri ini dalam Pilihanraya Umum akan datang hendaknya. Selama ini dilihat, PAS lebih banyak menjuarai berbagai program seperti ceramah dan aktiviti lain tanpa melibatkan mereka yang terbabit. Justeru itu, selaras dengan perubahan semasa sekarang ini Pemuda Pakatan Rakyat Pahang perlu dibentuk segera untuk memberi ruang yang lebih terbuka kepada semua pihak memainkan peranan menjelangnya pilihanraya umum ke-13 nanti].
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...