KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Rabu, 23 September 2009

DPP Raikan Anak Rantau dengan IJTIMA' AIDILFITRI

Selasa - 22 September / 3 Syawal 1430 - Ijtima' Aidilfitri pada Selasa telah berjaya dijalankan dengan jayanya. Sekitar 250 - 300 peserta atau anak rantau yang telah pulang ke Jengka telah hadir ke Majlis Ijtima' Aidilfitri yang telah diadakan di Tapak Pekas Sehari Simpang Jengka 19.

Program yang bermula jam 9 pagi itu telah dirasmikan oleh Naib Presdien PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang. Turut hadir pada majlis perasmian ialah Ustaz Kamal Ashaari, Exco Dewan Pemuda PAS Pusat dan Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz, Timb. Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau.

Dalam ucapan Naib Presiden itu, beliau amat mengharapkan agar kita meryakan Aidilfitri ini dengan penuh kesyukuran dan memperbanyakkan takbir dan tahmid.

Selain itu, dalam ucapan takbir raya yang kita laungkan kata beliau, walaupunn kita gembira dengan hari raya, jangan kita lupa dengan perjuangan Islam, kerana di dalam takbir raya itu terkandung mesej yang sangat penting di mana Islam meminta kita supaya tidak melupakan bahawa perjuangan Islam berjaya mengalahkan tentera Ahzab satu ketika dahulu.

Ini bermakna kita amat perlu menitikberatkan soal halal haram, dosa dan pahala walaupun ketika menyambut hari raya.


Di samping itu, beliau juga mengharapkan agar semua anak rantau dapat membantu perjuangan Islam dan agar semuanya dapat berkhidmat di tempat asal mereka.

Akhirnya beliau mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Negeri Pahang amnya dan khususnya anak rantau yang diraikan di dalam ijtima' pada kali ini.

Program ini berakhir dengan jamuan hari raya.

Sekalung penghargaan kepada pengajur utama Dewan Pemuda PAS Kaw. Kuala Krau dengan kerjasama Muslimat & Nisa' Kaw. Kuala Krau. Tidak lupa juga buat Pemuda PAS Caw. Jengka 19 yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program yang amat baik ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...