KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Isnin, 16 Mei 2011

Muktamar Pemuda Negeri Pahang, Ustaz Shahril Azman Abdul Halim 'Menang' Tanpa Bertanding Bagi Jawatan Ketua Pemuda PAS Sessi 2011 - 2013

KERDAU, 15 Mei - Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (foto) memenangi jawatan Ketua Pemuda PAS Pahang tanpa bertanding untuk sesi 2011-2013 dalam Muktamar Pemuda Negeri hari ini. Beliau menggantikan Ustaz Suhaimi Saad yang sudah melepasi usia 40 tahun. Shahril ialah Timbalan Ketua sebelum ini dan merupakan Ketua Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau. Timbalan Ketua Pemuda Negeri pula disandang oleh Ketua Pemuda Kuantan, Ustaz Fadhli Ibrahim dalam pertandingan satu lawan satu dengan Setiausaha Dewan, Ustaz Junaidi Ishak. Ustaz Nazri dipilih sebagai Naib Ketua Pemuda setelah mengalahkan Ustaz Yuslaidi dari Jerantut. Bagi jawatankuasa pula, undi teringgi diperolehi oleh muka lama U. Muhammad Azmi diikuti naib pada sesi lalu Fadzli Ramly. Muktamar Pemuda bermula petang semalam dirasmikan oleh Ketua Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasruddin Hassan Tantawi berlangsung di Darul Hikmah, Kerdau. Sementara itu Muktamar Dewan Pemuda PAS yang sedang berlangsung hari ini di Dewan Markas PAS Kerdau mengambil ketetapan mengutuk penangkapan empat aktivis rakyat dari DAP dalam himpunan Bantah Lynas di hadapan Pusat Khidmat DAP, Jalan Beserah pagi tadi. Pihak polis sepatutnya bertindak untuk menjaga keselamatan rakyat dan bukannya jaga syarikat yang meresahkan rakyat dalam isu Lynas menurut satu kenyataan petang tadi. selamatkanpahang

[Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan syabas dan tahniah kepada Ketua Pemuda PAS Negeri Pahang yang baru, Ustaz Shahril Azman atas kemenangan yang sungguh menyakinkan ini. Semoga dengan ini pemuda akan bertambah perkasa dengan arus perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara tercinta ini hendaknya. Amatlah diharapkan agar Ketua Pemuda PAS yang baru dapat mengembling tenaga dengan Ketua Pemuda DAP dan Ketua AMK PKR dalam merealisasikan hasrat untuk membawa perubahan besar rakyat negeri ini dalam Pilihanraya Umum akan datang hendaknya. Selama ini dilihat, PAS lebih banyak menjuarai berbagai program seperti ceramah dan aktiviti lain tanpa melibatkan mereka yang terbabit. Justeru itu, selaras dengan perubahan semasa sekarang ini Pemuda Pakatan Rakyat Pahang perlu dibentuk segera untuk memberi ruang yang lebih terbuka kepada semua pihak memainkan peranan menjelangnya pilihanraya umum ke-13 nanti].

Tiada ulasan:

Catat Komen

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...