KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Akhbar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenyataan Akhbar. Papar semua catatan

Isnin, 23 Disember 2013

BN GUNA KELEMAHAN PENGUNDI MELAYU UNTUK TERUS MENGEKAL KUASA

KENYATAAN MEDIA

DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA

(23 Disember 2013)

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa kesal kerana kerajaan Barisan Nasional  menggunakan kelemahan pengundi Melayu untuk membolehkan mereka terus berkuasa dan menguasai negara. Strategi dan taktik ini sudah sebati dengan jiwa mereka dengan menjadikan kelemahan pengundi Melayu luar bandar serta masyarakat felda sebagai senjata dan sasaran mereka.

BN memahami bahawa politik masyarakat Melayu yang mudah lupa dan sejuk hanya dengan insentif dan janji yang ditawarkan menjelang 6 bulan sebelum pilihanraya umum. Selama 4 tahun lamanya rakyat menderita dengan pelbagai kenaikan harga barangan dan kos sara hidup yang begitu tinggi, namun menjadi lupa hanya dengan kehadiran gula-gula pilihanraya beberapa bulan menjelang pru. Jika hari ini rakyat cukup sengsara dengan kenaikan harga gula, tarif elektrik, kadar tol, memperkenalkan cukai GST dan lain-lain lagi DPPM yakin beberapa bulan menjelang Pru kerajaan BN akan bersikap lunak dengan beberapa pendekatan politik termasuk menurunkan beberapa harga barangan dengan tujuan membeli jiwa rakyat.

Selain itu, BN memahami bahawa masyarakat Melayu mudah dipengaruhi melalui ancaman isu perkauman dan masa depan orang Melayu. Oleh itu, seringkali propaganda murahan ditaburkan bahawa kuasa orang Melayu semakin terancam dan masa depan orang Melayu tidak menentu tanpa pemerintahan Umno-BN. Bagi Umno, hanya mereka mampu selamatkan bangsa dan negara ini manakala parti lain  terutama pembangkang bakal memusnahkan negara.

Mereka juga tampil mengubat luka orang Melayu yang begitu terkesan dengan kenaikan harga barangan dan kos sara hidup dengan bantuan seperti Brim sedangkan Brim diketahui tidak mampu menampung bebanan hidup yang ditanggung rakyat.

DPPM bertekad menjadikan halangan ini sebagai suatu cabaran bagi menghadapi pru ke 14.  Masyarakat Malaysia terutama orang Melayu di luar bandar termasuk felda perlu disedarkan bahawa BN  tidak berjuang membela nasib rakyat. BN hanya hadir tatkala pru bagi meraih simpati dan sokongan rakyat dan melupai mereka selepas pru berlangsung.

Rakyat juga perlu disedarkan bahawa isu perkauman adalah sekadar retorik dan propaganda kosong yang dimainkan untuk menakut-nakutkan masyarakat. Politik perkauman sudah ditinggalkan oleh masyarakat bermaklumat dan rakyat mahukan politik perpaduan yang bersih  dan amanah lebih dari politik perkauman.

DPPM percaya pendidikan politik yang berterusan mampu memecahkan dakyah songsang ini. Pakatan Rakyat wajib menerobos masuk kampung ke kampung dan felda dan mengubah persepsi terhadap PR.

DPPM juga bertegas menjadikan pendidikan politik agenda penting dan pelan bertindak bagi mengubah landskap politik negara menjelang pru ke 14. Pendidikan politik berterusan mampu mengubah mentaliti dan menyelamatkan masyarakat Melayu dari terus tertipu dan terpedaya oleh politik Umno.

SUHAIZAN KAIAT
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Isnin, 11 November 2013

Pegawai Jabatan Agama Dibunuh Kejam. Malaysia Masih Aman ?

Saya mewakili Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin merakamkan takziah buat keluarga Allahyarham Tuan Haji Ahmad Rafli Abdul Malek yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) dan melahirkan rasa sedih dan kesal dengan kejadian tembak bunuh yang kejam ini. Kejadian dahsyat yang berlaku di kediaman Allahyarham, merupakan satu lagi bukti bahawa insiden jenayah berat khususnya yang melibatkan senjata api semakin tidak terkawal dan telah menjadi lebih menggerunkan. Untuk makluman, Allahyarham adalah abang kepada seorang petugas di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Dengan rentetan kes jenayah tembak dan culik sejak kebelakangan ini, maka apakah Malaysia kita ini masih aman?

Pemuda PAS tegas mengutuk insiden bunuh ini sebagai satu tindakan keji tidak berperikemanusiaan dan mendesak agar YAB Perdana Menteri, Menteri Dalam Negeri dan kepimpinan tertinggi PDRM tidak berdiam diri dan memberi respon segera terhadap kejadian ini.

Kedamaian dan keamanan awam telah terancam. Hakikatnya, tidak ada mana-mana individu atau keluarga yang kini boleh terlepas dari jangkauan perilaku jenayah. Apa sahaja statistik dan indeks jenayah yang diangkat pemerintah untuk melukis gambaran-gambaran indah mengenai kesentosaan suasana cumalah angka kosong yang jauh dari realiti.

Cukuplah dengan sandiwara ini! Rakyat telah jemu dan kini Rakyat sedang hidup dalam kebimbangan.

Saya merasakan sudah tiba masanya untuk Yang DiPertuan Agong dan Majlis Raja-Raja campurtangan di dalam perkara ini di atas kesedaran bahawa keresahan rakyat sedang memuncak.

Kesimpulan pemerintah dan PDRM mengenai situasi jenayah di dalam negara sudah menjadi bahan politik semata-mata dan tidak boleh dipercayai lagi. Maka suatu penilaian jujur diperlukan yang hanya boleh dicapai menerusi campurtangan Majlis Raja-Raja.

Selagimana situasi jenayah ini tidak diperjelaskan secara jujur, maka selama itulah kita akan terus terperangkap di dalam polemik debat tidak berkesudahan dan penyelesaian yang jitu tidak dapat dicapai.

Nasrudin Hassan
Ketua Pemuda PAS Malaysia

Rabu, 30 November 2011

MOHON SPR DAN JPN BERTINDAK SECARA PROFESIONALISME

Kenyataan Media
Lajnah Pekerja dan Professional Muda
Dewan Pemuda PAS Malaysia

Ahad: 27hb November 2011

MOHON SPR DAN JPN BERTINDAK SECARA PROFESIONALISM

Pendedahan demi pendedahan telah dibuat oleh Dewan Pemuda Pas melalui Lajnah Mobilsasi Rakyatmengenai pemberian kad pengenalan kepada warga asing. Namun Jabatan Pendaftaran Negara danSuruhanjaya Pilihanraya masih lagi tidak bertindak mengikut tahap profesionalism mereka. Jawapan yang dikeluarkan setakat ini adalah kenyataan politik, seolah-olah mewakili Umno/bn. Antara jawapan yang dikeluarkan adalah, pihak-pihak tertentu tidak mengemukakan bukti kepada SPR. Bukti yangbagaimana lagi yang diperlukan oleh SPR dan JPN?

Sehingga kini, SPR telah mengiktiraf kenyataan PAS bahawa wujudnya pengundi hantu. Pengiktirafanitu, yang dibuktikan melalui pendedahan nama-nama meragukan yang bukannya seorang-dua, tetapisehingga lebih 60,000 nama.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dilaporkan berkata nama-nama itu disiarkan untuktatapan umum di laman web dan media bagi membolehkan individu berkenaan mengunjungi pejabatSPR bagi membantu menjelaskan kedudukan.

Namun, sehingga kini, kita menyedari bahawa ini hanyalah tindakan yang sekadar ingin melepaskanjerut ditengkuk bahkan ianya acuh tidak acuh.

Terdapat beberapa sudut tindakan yang hanya dengan ini membuktikan SPR telus dan benar-benarmenegakkan demokrasi di dalam Negara.
1.
Nama-nama yang disiarkan, mempunyai rekod alamat tempat tinggal. Mengapakah tiadaagensi, baik SPR, mahupun JPN melakukan penjejakan terhadap mereka ini? Ini adalah suatukesalahan jenayah, kerana memalsukan maklumat diri seseorang warganegara.
2.
Sebelum mereka mendaftar sebagai pengundi, “hantu-hantu” ini perlu mempunyai kadpengenalan yang berasingan supaya dapat didaftar sebagai pengundi kedua (atau berganda).

Penghasilan kad pengenalan ini dibuat di Jabatan Pendaftaran Negara. Rekod petugas yangmendaftar mereka di kaunter ada di dalam simpanan JPN. Maka, mengapa petugas-petugasyang mendaftar ini tidak di soal siasat? Bahkan jika didapati bersalah, mereka perlu ditangkapdan dibicarakan kerana mencemarkan institusi demokrasi Negara dan secara lebih jelas,memperjudikan keselamatan Negara kita.
3.
Pihak PDRM perlu menahan “hantu-hantu” ini kerana mereka telah menipu kesemua rakyatnegara ini dan memperjudikan keselamatan negara.
4.
Setelah siasatan dibuat, pendedahan siapakah yang merupakan dalang utama ini pendaftaranharam hantu-hantu ini perlu dibuat. Dalang-dalang ini perlu disiarkan muka mereka dikacatelevisyen, dituntut meminta maaf kepada semua rakyat Malaysia yang mendambakankeadilan.
5.
Pihak SPRM juga perlu melihat kes ini dengan lebih kritis kerana mungkin membabitkan salahguna kuasa pihak SPR atau JPN.

Sepatutnya, tindakan diatas perlu dikoordinasikan oleh pihak SPR jika benar-benar ingin melihatdemokrasi negara ini menjadi bersih dan adil.

Jika tindakan-tindakan ini tidak diambil, maka ternyata, SPR bahkan JPN memang hendah membelahantu-hantu ini atas sebab-sebab menjaga kepentingan ahli politik dan parti pemerintah. Ini keranaSPR dan JPN adalah dilantik oleh pemerintah BN yang zalim!!!

Kami memperingatkan SPR dn JPN, supaya harta yang mereka cari, demi menjaga kerajaan BN sertadiri mereka sendiri tidak menjadi bahan bakar api Neraka di akhirat nanti.

Salam Maal Hijrah dan salam penghijrahan demokrasi mulia 1433H.

DR GHAZALI BIN HASBULLAH
PENGERUSI LAJNAH PEKERJA DAN PROFESSIONAL MUDA
DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...