KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sabtu, 5 Mei 2012

AWAS PENEROKA!!! BUKAN DURIAN RUNTUH TAPI RIBA` DAN HUTANG RUNTUH

DEWAN PEMUDA PAS PAHANG sekali lagi menasihatkan para peneroka di seluruh negara tidak tertipu dengan 'durian runtuh' melalui borang tawaran saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGVH) yang telah diagihkan baru-baru ini.

Borang tawaran saham itu dikeluarkan oleh institusi perbankan dengan menawarkan kononnya saham durian runtuh dari RM50,000 hingga RM300,000.

"Borang tersebut lebih daripada 60 muka surat dan dalam bahasa Inggeris, kononnya mereka dapat saham padahal ianya adalah pinjaman dan resikonya sangat tinggi.

"Malangnya peneroka dipaksa menandatangan tanpa diberi taklimat dan kefahaman tentang resiko yang bakal dihadapi sekiranya penyenaraian mengalami kegagalan,"

Borang-borang terebut diagihkan di balai-balai raya dan pejabat Felda di mana peneroka tidak dibenar membawa pulang borang tersebut dan perlu menandatanganinya disitu serta merta walaupun tidak faham apa resiko perjanjian.

Malah ada berlaku kes di mana anak kepada peneroka pun tidak dibenar mengambil borang tersebut malah ada yang dihalau.

Maka sekiranya penyenaraian gagal, peneroka akan menanggung hutang dengan bank dan pihak bank pula berhak dengan apa cara sekalipun berhak mendapatkan gantirugi.

Malah apa yang paling dikhuatirinya, ianya bakal mengulangi apa yang berlaku kepada Amanah Saham Johor satu masa dahulu.

Pada awalnya dijual dengan harga RM1 seunit kemudian turun sehingga 11 sen seunit sehingga ramai pemilik saham itu di Johor ini kini diisytihar muflis.

Secara logiknya, bank tidak akan bagi pinjaman kalau tidak ada benda bernilai dari peneroka yang boleh dicagarkan kepada mereka. Apa lagi yang paling bernilai pada peneroka selain 10 ekar tanah mereka?

DPPNP melihat, ini satu penipuan terang-terangan dilakukan dengan memperalatkan institusi perbankan untuk menipu peneroka bagi mendapatkan dana pilihan raya? Sedangkan peneroka hanya mahukan duit runtuh bukan nak berhutang dengan bank.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...