Pemuda PAS Pahang menyokong penuh himpunan bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini selaras dengan aspirasi seluruh rakyat Malaysia. Kami juga telah mengarahkan seluruh ahli pemuda PAS Pahang menghadiri perhimpunan aman bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan telus dan menjangkakan 14,000 peserta akan hadir. Dalam pilihan raya umum dan kecil yang lalu, terlau banyak penyelewengan berlaku seperti pertindihan nama pengundi, penyelewengan undi pos, pengundi hantu, pengurusan pilihan raya yang lemah dan banyak lagi. Tujuan himpunan bukan untuk menggulingkan kerajaan sebagaimana berlaku di Tunisi dan Mesir sebagaimana yang dilaporkan oleh akhbar UMNO BN, tetapi untuk menuntut keadilan, menuntut supaya SPR mengendalikan Pilihan Raya di malaysia secara adil dan bersih serta tiada unsur penipuan.
Inilah tujuan utama perhimpunan aman bersih 2.0 ini diadakan iaitu menuntut 8 perkara, antaranya menuntut hentikan rasuah, hentikan politik kotor, bersihkan senarai undi & penggunaan dakwat kekal pada jari. Tuntutan Bersih ini sangat adil buat semua parti politik yang bertanding dalam pilihan raya. Semua akan mendapat jaminan pilihan raya yang adil dan telus. Kami tidak melihat dimanakah mudaratnya tuntutan dan perhimpunan aman ini. Malah, menuntut supaya diadakan pilihan raya yang adil dan telus adalah selaras dengan ajaran Islam.
Kami juga telah mengarahkan supaya semua ahli yang menyertai perhimpunan ini dibuat secara aman & santai dengan tidak membawa apa-apa senjata. Malah kami amat menggalakkan peserta membawa keluarga sambil menikmati pemandangan Kota Raya Kuala Lumpur, mereka boleh beriadah bersama anak dan isteri. apabila selesai perhimpunan,mereka boleh guna kesempatan untuk makan dan membeli belah bersama keluarga. Perkhidmatan teksi juga mereka boleh gunakan untuk membawa mereka ke destinasi yang hendak dituju. “Kami tidak nampak sebarang ancaman dan mudarat pada perhimpunan tersebut. Saya fikir, peniaga dan pengusaha teksi akan mendapat keuntungan berlipat kali ganda daripada biasa.
Sekian kenyataan saya,
SHAHRIL AZMAN ABD HALIM AL HAFIZ
Tiada ulasan:
Catat Ulasan