RM10 JUTA PROJEK KEBETULAN DI DUN KERDAU


Bagi calon PAS Kerdau Hassanuddin Salim, amat penting bagi beliau berjaya dalam percubaan kali keduanya merampas kerusi itu kerana ia akan memberikan isyarat, kesan dan makna yang mendalam terhadap perjalanan politik di Pahang.
Bagaimanapun, bagi Hassanudin - yang mengaku bersekolah dalam "aliran bukan agama" (aliran kebangsaan) dan bukan aliran agama seperti BN Syed Ibrahim - perkara itu bukanlah satu halangan kerana itu merupakan perkara konsepsual semata-mata.
Di peringkat pengajian tinggi pula, beliau pernah terlibat dalam NGO Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) di bawah pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang masih pemimpin Umno pada masa itu.
Nampaknya, tidak cukup dengan janji-janji projek pembangunan datang mencurah-curah ke kawasan Pilihan Raya Kecil DUN Kerdau sekarang ini. Terbaru, terdapat maklumat yang diterima daripada seorang pengundi di Felcra Rumpun Makmur di Kerdau mengatakan mereka telah ditawarkan RM500 untuk setiap undi yang diberikan kepada BN pada hari pengundian pilihan raya tersebut 6 Mac ini. "Saya didatangi oleh beberap orang pemimpin UMNO setempat yang menawarkan bayaran RM500 jika mengundi BN. Dalam rumah saya ada empat orang yang boleh mengundi termasuk ibu bapa saya. Maknyanya kami berpeluang mendapat RM2,000 jika mengundi Barisan Nasional", kata seorang penduduk yang ditemui. Pendedahan ini sesuatu yang tidak mengejutkan sebenarnya. Malah, ia adalah senario yang biasa berlaku tatkala menjelangnya sesuatu pilihanraya. BN hanya boleh menang dengan taktik "rasuah pilihanraya", jika tidak nama parti itu tidak termasuk dalam fikiran para pengundi sebenarnya. Tambahan pula mereka yang sudah sekian lama terbeban dengan isu kenaikan harga minyak dan barangan di pasaran sekarang ini. Maka itulah, jalan terbaik ialah menawarkan ganjaran berbentuk wang ringgit agar pengundi tetap memberi undi kepada BN tanpa terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang. Inilah yang dimahukan oleh mereka sebenarnya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (foto) mengumumkan peruntukan hampir RM10 juta bagi projek pembangunan rakyat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau, di Temereloh. Projek berkenaan ialah menaiktaraf pam di loji air Batu Sawar dan mengganti paip dari Rumpun Makmur ke Kampung Kerai yang bernilai RM9.25 juta. Selain itu, beliau turut mengumumkan projek membina dewan terbuka yang mengandungi gelanggang serbaguna bagi masyarakat Cina di Kampung Sri Kerdau, bernilai RM400,000, membina kuil bagi masyarakat India (RM100,000) dan Balai Bomba sukarela (RM150,000). Dalam pada itu, Perdana Menteri menegaskan bahawa semua projek berkenaan bukan untuk memancing undi, sebaliknya menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memberi keselesaan kepada rakyat. "Lampu jalan, rumah kos rendah dan ini semua saya tak mahu cakap lagi, nanti akan ada orang kata saya nak membeli undi pula. Sebelum ini, saya pernah berjanji saya akan menjadi Perdana Menteri untuk semua kaum dan inilah buktinya," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap di dua majlis berasingan di majlis ramah mesra bersama penduduk Batu Sawar dan ramah mesra bersama masyarakat Cina, India dan Orang Asli di Kampung Baru Kerdau. Katanya, kerajaan BN sentiasa melakukan projek bagi pembangunan dan keselesaan rakyat sejak merdeka walaupun kepimpinannya silih berganti.
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani
Parti Islam SeMalaysia (PAS) dengan ini ingin menyampaikan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga dan ahli serta kepimpinan Saadat Partisi di atas kepulangan Almarhum Dr Necmettin Erbakan ke rahmatullah pada hari ini 27 Februari 2011 bersamaan dengan 24 Rabiul Awal 1432 Hijriah.
Sesungguhnya Allah SWT telah memanggil Almarhum pulang ke tempat asal yang dijanjikan oleh Nya, walaupun kehilangannya akan dirasai oleh seluruh penyokong dan pendokong gerakan Islam di serata pelusuk dunia. Beliau adalah seorang mujahid, ahli akademik, ilmua ulung dalam bidang teknologi, jurutera, mantan perdana menteri, pemimpin parti, bapa dan mentor kepada ramai pimpinan gerakan Islam di dunia ini, termasuklah pimpinan PAS sendiri.
Kepimpinan beliau terserlah, di saat dunia Islam berdepan dengan pelbagai kemelut sejak puluhan tahun ini, termasuklah pergolakan di Asia Barat dalam isu Perang Teluk, Afghanistan, dan gerakan pembaharuan dalam dunia Islam yang dilaksanakan oleh beliau sepanjang tempoh singkat Almarhum menjadi Perdana Menteri Turki pada tahun 1996 - 1997.
Tentunya kehilangan beliau dari persada politik antarabangsa akan dirasai, terutamanya kepada PAS yang sentiasa menjadi tetamu Almarhum dalam pelbagai seminar dan diskusi ekonomi dan dunia Islam yang dianjurkan oleh Almarhum setiap tahun.
Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan ruh Almarhum di kalangan para nabi, siddiqin, syuhada dan sholihin.
AL FAATIHAH.
Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS
24 Rabiul Awal 1432 H / 27 Februari 2011 M
Sudah masuk hari kedua kempen, tetapi kem Umno masih berputar-putar mengenai status kelulusan calonnya, iaitu seorang bekas guru sekolah agama rakyat (SAR) yang dilantik sebagai penasihat agama Menteri Besar Pahang.
Turut berucap ialah Timbalan Presiden PAS dan PKR, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan Mohamed Azmin Ali, Naib Presiden dan AJK PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mohamad Sabu.
Hadir sama ialah Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan, Dr Tan Seng Giaw, Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, Ketua Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad dan Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman.
Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.
Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.
Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di Sudan dalam industri minyak dan gas.
Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.
TEMERLOH: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ahli Jawatankuasa Kuasa Kerja PAS Pusat, Mohamad Sabu antara pimpinan yang akan hadir pada Majlis Pengisytiharan Calon PAS bagi pilihanraya kecil Dun Kerdau yang akan diadakan pada 24 Februari ini.
Pilihanraya Kecil DUN Kerdau dijangka tiba tidak lama lagi. Sesuatu yang tidak dijangka, kerana masing-masing kini tertumpu ke Merlimau sebenarnya. Inilah yang dikatakan takdir. Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Sesungguhnya desas-desus pilihanraya di Kerdau ini sudah lama kedengaran sejak ADUN Kawasan terbabit, Allahyarham Datuk Zaharuddin Abu Kassim sakit dan keluar masuk hospital tahun lalu. Cuma masing-masing tidak menjangka Allah menjemputnya secepat ini, tambahan pula beliau baru saja melangsungkan perkahwinannya. Semalam, krew kami menjengok ke majlis pengkebumian jenazah arwah di Tanah Perkuburan Islam Kg.Paya Taram Kerdau. Tidak ramai pemimpin UMNO BN yang menjejakkan kaki hingga ke tanah perkuburan. Apa yang jelas dapat dilihat masing-masing hanya menunjukkan muka tatkala mendengar kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Apabila PM berangkat pulang maka masing-masing meninggalkan Kerdau dengan kepuasan. Apa yang puas?. Kerana dapat menunjukkan muka kepada pemimpin besar negara itu. Manalah tahu jika berpeluang lagi untuk jadi calon dalam Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Inilah politik namanya. Dapat dilihat, hanya yang berada di tanah perkuburan ketika jenazah dikebumikan ialah Speaker DUN Pahang, Dato' Seri Wan Razali Wan Mahussin dan Exco Pahang Dato' Safri (ADUN Ibam). Mungkin yang lainnya terpaksa balik awal akibat ada urusan penting gamaknya.