KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sabtu, 18 September 2010

Sekitar SAMBUTAN HARI RAYA PAS KAWASAN KUALA KRAU

RANTAU PERINTIS, Bandar Jengka - Sungguh meriah Majlis Hari Raya yang dianjurkan oleh PAS Kawasan Kuala Krau semalam. Sekitar 1500 telah hadir ke majlis ini dari semua peringkat usia.

Majlis ini bermula jam 11 pagi hingga 2 petang. Kira-kira jam 10.30 pagi para tetamu sudah mula memenuhi tempat duduk yang disediakan.


Pak Syekh Nazri

Majlis tahunan yang diadakan ini adalah untuk mendekatkan semua masyarakat kepada pimpinan PAS Kawasan serta mendengar amanat dari pemimpin kawasan.



Setelah tetamu menbanjiri perkarangan Masjid Lama, maka majlis rasmi pun dimulakan dengan ucapan aluan seterusnya mempersilakan Pengarah Program Majlis Sambutan Hari Raya ini iaitu Sdr Mohd Nazri Hussin atau dikenali dengan Pak Syekh Nazri.

Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Us Shahril Azman Abdul Halim al-Hafiz merupakan Ketua Pemuda PAS kawasan Kuala Krau. Kemudi disusuli dengan ucapan Al-Fadhil Ustaz Kamal Ashaari (bekas calon Parlimen Kaula Krau).

Antara pimpinan PAS Kawasan yang hadir..

Kelihatan Pimpinan Muslimat Kawasan serta tetamu yang hadir

Oleh kerana Al-Fadhil Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man menghadiri Majlis Rumah Terbuka Badan perhubungan PAS Pahang di temerloh, maka amanat Dato' Tuan di tangguhkan sehingga beliau tiba ke majlis ini.

Setelah selesai majlis ucapan, maka semua hadirin di persilakan untuk menikmati jamuan yang disediakan oleh pihak peganjur.

Sekitar jam 12.30 tghari tibalah Dato' Tuan danterus dipersilakan unruk menyampaikan ucapan dan amanat kepada hadirin dan hadirat yang hadir.

Beberapa amanat yang sangat penting antaranya ialah beliau mengingatkan kepada semua ibu bapa supaya mendidik anak-anak serta para remaja dengan didikan mengikut acuan Al-Quran dan Sunnah. Beliau juga mengingatkan supaya memberikan makanan kepada anak-anak dengan makanan yang baik-baik juga halal bagi memudahkan datangnya keberkatan di dalam keluarga.

Kanuter Semakan daftar pemilih dan borang ahli juga dibuka..
Kanak-kanak beratur untuk mengambil aiskrim percuma..

Memandangkan kehadiran kanak-kanak cukup ramai maka pihak penganjur telah menempah 2000 aiskrim percuma bagi meraikan merekan.

Selain itu, kanak -kanak juga disediakan duit raya yang disampaikan sendiri oleh Dato' Tuan Ibrahim serta beberapa pimpinan PAS Kawasan serta muslimat


Kelihatan SU Perhubungan PAS Pahang (Us Roslan) dan
Ketua Pemuda Pas Pahang (Us Suhaimi)

Al-Fadhil Dato Tuan sedang menikmati jamuan bersama Ketua Penerangan PAS Pahang

Pekerja kilang ALPS juga hadir ke majlis ini...

Sebelum majlis penyampaian duit raya...

Beberapa pimpinan yang hadir...

Beberapa pimpinan yang hadir...

___________________________________________________

PAS KAWASAN KUALA KRAU
mengucapkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...