KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sabtu, 25 September 2010

Dewan Pemuda PAS Kaw. Kuala Krau sampaikan sumbangan kepada MANGSA RIBUT

Kerdau, 22 september - Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau berjaya mengumpul dana untuk di sampaikan kepada mangsa-mangsa ribut di sekitar kawasan Kerdau ke Kuala Krau.

Kumpulan pertama turun menyampaikan sumbangan ialah Ust Kamal Assari, Ust Sahril Azman, Sdr Hasanuddin Salim bermula dari Jalan Seberang Temerloh hingga Gunung Senyum iaitu bermula dari Kg Badok hingga Kg Rumpun Makmur.

Seramai 37 keluarga mangsa yang sempat diberi sumbangan di sekitar kawasan tersebut. Usai solat maghrib semua ahli rombonganyang turut serta di dalam misi menyampaikan sumbangan ini bergerak menuju ke Felda Jenderak Utara dan 3 keluarga mangsa yang sempat diberi sumbangan.

Manakala di dalam perancangan 33 lagi keluarga mangsa akan diberi sumbangan pada 30hb September ini di Majlis Jamuan Hari Raya PAS DUN Jenderak.

antara yang mengikuti misi ini...

us kamal sedang menyampaikanm sumbangan
kepada salah seorang mangsa ribut

us kamal sedang menyampaikanm sumbangan
kepada salah seorang mangsa ribut

salah sebuah rumah yang rosak teruk dipukul ribut

rumah mangsa yang diziarahi...

ahli rombongan dan mangsa-mangsa ribut yang sempat bergambar

turut kelihatan sdr hasanudin, pak syeikh nazri dan us shahril

keadaan sebuah van yang dihempap pokok

"alhamdulillah dan terima kasih kerana sudi
memberikan sumbangan kepada kami.."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...