KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Rabu, 14 Julai 2010

YAM Unit Jengka terima sumbangan dewan pemuda

NADI KOTA, 13 Julai - Yayasan Amal Malaysia (YAM), Unit Jengka amat berbesar hati dengan sumbangan yang telah disampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, Al-Fadhil Us Shahril Azman Abdul Halim. Sumbangan yang disampaikan ini adalah hasil kutipan AJK Kawasan, pemuda-pemuda dan ahli-ahli PAS dengan jumlah sebanyak RM1732.

Sumbangan ini telah disampaikan kepada wakil YAM Unit Jengka iaitu Sdr Anui Bin Ismail yang merupakan AJK YAM Unit Jengka. Sumbangan ini diserahkan kepada YAM selaku NGO yang diberi amanah membantu umat Islam Palestin .

YAM Unit Jengka baru sahaja ditubuhkan sebulan yang lepas di atas dasar kesedaran berkhidmat untuk membantu masyarakat serta pendedahan maklumat berkaitan isu-isu Islam global seperti GAZA Palestin, Kemboja, Selatan Thailand kepada semua warga Jengka.

Us Shahril menyampaikan sumbangan kepada wakil YAM Unit Jengka

Dalam masa yang sama cuba menggerakkan dana kewangan untuk menyalurkan bantuan kepada nasib umat ISlam sejagat dengan sumbangan dari orang ramai.

YAM Unit jengka telah berjaya menganjurkan Program hapuskan Air Mata Gaza di sekitar kawasan Jengka tempohari. Pada tanggal 28 Jun 2010, hari Isnin, YAM Unit Jengka telah menjemput "Wira Negara" Tn Hj Jamuliddin Elias, Timb. Presiden Yayasan Amal Malaysia yang merupakan aktivis yang turut serta di dalam kapal Mavi Marmara dalam misi menghantar bantuan ke Gaza baru-baru ini.

Pada paginya beliau telah berkongsi pengalaman dalam program tersebut di Maahad As-Sultan Ahmad Shah Ad-Diini, sebelang petang bersama Belia Felda jengka 16 dan malamnya beliau telah bersama dengan warga ibu bapa di MASjid jengka 15.

YAM Unit jengka berhasrat akan meneruskan misi menyedarkan masyarakat berkenaan maklumat isu semasa umat ISlam global kepada warga Jengka.

Sejak tertubuhnya sekitar sebulan ini, YAM Unit Jengka telah berjaya mengumpul dana yang akan di salurkan kepada penduduk Islam di GAZA sebanyak RM5020. Pihak YAM Unit jengka menyeru kepada semua warga jengka dan umat Islam selueuruhnya untuk turut sama membantu umat Islam di GAZA dan Palestin.

Kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai, menjadi Sukarelawan AMAL dan juga berhasrat untuk menderma kepada Tabung YAM dan Palestin bolehlah menghungi no telefeon seperti berikut :

Us Mohd Azri : 0139337780 (Pengerusi YAM Unit Jengka)
Sdri Zafirah : 0199097103 (Setiausaha)

"SAY NO TO ISRAEL" BOIKOT!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...