KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sabtu, 10 April 2010

Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kali ke 24

Ucapan Perasmian oleh YB Salahuddin Ayub, NAib Presiden PAS Pusat

Penyampaian cenderamata kepada perasmi

Sabtu, 10 April - Mesyuarat Agung PAS Kawasan Kuala Krau Kali ke 24 berjalan dengan jayanya. Majlis Perasmian bermula jam 9.30 pagi dan semua perwakilan dan pemerhati sekitar 200 orang segera memenuhi kerusi di dalam dewan untuk mengikuti majlis perasmian pada awal pagi tadi.

Majlis perasmian di muali dengan ucapan Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang merupakan YDP PAS Kawasan Kuala Krau. Seterusnya diikuti Ucaptama Perasmian oleh YB Salahuddin Ayob, Naib Presiden PAS yang juga MP Kubang Kerian.

Dalam ucapan oleh Dato' Tuan Ibrahim, beliau meminta semua jentera parti bersedia dan membuat persediaan bagi meghadapai PRU 13 nanti. Beliau juga mengumpamakan jentera-jentera yang ada dan ajk-ajk yang ada dalam parti ibarat lidi.

Dalam ikatan lidi-lidi tersebut ada lidi yang panjang, lidi pendek, sederahan, lidi yang diikat di luar dan di dalam. Dalam banyak-banyak lidi itu, ada lidi yang pendek dan diikat di dalam, namun beliau mengingatkan bahawa walaupun lidi itu pendek dan diikat di dalam dan lidi pendek ini tidak dapat menjalankan peranannya sebagai lidi untuk menyapu sampah berbanding lidi yang panjang yang lain, namun lidi pendek ini jangan dibuang kerana walaupun peranan lidi tersebut tidak setara dengan peranan lidi yang lain tetapi sekiranya lidi ini dicabut ia akan mendatangkan bahaya yang amat besar iaitu seluruh lidi yang lain akan juga terlerai dan akibatnya semua tidak dapat bekerja.

Sidang perwakilan yang hadir...

Begitu juga ibarat kita di dalam parti atau jamaah PAS, jangan kita buang mereka yang hanya dapat menyumbangkan tenagan walaupun sedikit. jangan kita memandang rendah pada ahli-ahli yang kurang boleh memberikan sumbangan dan kita manfaatkan semua tenaga yang ada demi memastikan kemenangan di pihak kita dalam PRU akan datang.

Perwakilan Pemuda & Muslimat

Semua perwakilan khusyuk mendengar amanat dari Dato' Tuan dan mereka terus memberikan komitmen mendengar ucapan perasmi.

Manakala dalam ucapan perasmi pula, YB Salahuddin Ayub menegaskan bahawa dalam perjuangan Islam melalui wadah parti PAS, kita telah banyak membuat lakaran sejarah yang baik sejak setengah abad yang lalu. Sehingga kini, perkembangan yang sangat positif dapat kita lihat. Antaranya ialah perkara yang kita tidak jangka iaitu sekarang sudah ramai masyarakat bukan Islam mula hadir dalam perhimpunan kita, cermah-ceramah PAS dan mereka sanggup berkorban memberikan komitmen untuk bersama dengan PAS

Kata beliau, beliau yang sering bersama dengan MP pakatan RAkyat samada dari DAP mahupun MP dari kaum India dari Keadilan. Menurut beliau, hakikatnya ramai di kalangan mereka sudah mempunyai Al-Quran Tafsir dan mereka sering merujuk tok guru kita untuk memahami ayat-ayat Al-Quran untuk merekan jadikan hujjah mereka. Ini satu perkembangan yang sangat positif apabila MP yang bukan dari kalangan Islam sudah mula mendekati ayat-ayat Allah.

Selain itu, beliau juga mengingatkan supaya semua jentera parti memperkemaskan perancangan, agenda dan organisasi. Semuanya akan terhasil sekiranya aspek-aspek tadi dapat kita padukan di semua peringkat.

Majlis perasmian tamat pada jam 11.15 pagi dengan penyampaian cederahati kepada Perasmi. Turut hadir dalam majlis perasmian ialah Sdr Balasubramanian (Pengerusi Dewan Penyokong PAS) dan beberapa pemerhati dari dewan tersebut serta dari BPPNP.

Setelah berhenti rehat, Mesyuarat bermula dengan alu-aluan oleh Pengerusi tetap dan meneruskan agenda yang lain. Semua perwakilan memberikan komentar serta teguran kepada pimpinan dan beberapa cadangan untuk pembaikan parti di masa akan datang.

Usul-usul

Di samping itu, dalam agenda yang terakhir semua perwakilan telah berbahas beberapa usul yang antaranya ialah usul mendesak supaya kerajaan negeri Pahang dan Pusat menyalurkan sumbangan pendidikan kepada semua sekolah-sekolah agama samada di bawah kelolaan kerjaan negeri mahupun pusat.

Sidang perwakilan juga mendesak supaya kerajaan negeri pahang melebar luaskan jalan utama dari simpang Kg. Awah hingga ke Jengka 8 dan dari bandar Pusat hinggan ke Jambatan Sultan Ahmad Shah yang baru di Kuala Krau. Ini kerana jalan tersebut mula di penuhi oleh kenderaan pada setiap masa termasuk kenderaan berat sejak highway pantai Timur dan sejak jambatan baru itu siap dan digunakan.

Dan beberapa usul yang berkebajikan untuk kepentingan rakyat yang lain. dan semua perwakilan yang hadir bersemangat untuk memastikan agar PR dapat menggantikan UMNO pada PRU ke 13 nanti di negeri Pahang dan Malaysia. Allahuakbar!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...