KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Ahad, 21 Mac 2010

Ribuan Pemuda Pahang Banjiri Karnival Orang Muda Geng Kita

KUANTAN: Ribuan pemuda mulai membanjiri Himpunan Karnival Orang Muda Geng Kita anjuran Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang yang diadakan di Taman Tas, Kuantan yang dirasmikan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Nasaruddin Hassan Tantawi pagi tadi.

Tinjauan Pahangkini.net mendapati golongan remaja mulai bertali arus memasuki bandar Kuantan dan dijangkan bertambah padat menjelang malam ini memandangkan pihak penganjur mengadakan malam kebudayaan dan kesenian Islam membabitkan artis-artis ternama. Sehingga berita ini ditulis sudah ada dua ribu pemuda mendaftarkan diri untuk menyertai karnival.

Program Karnival Orang Muda Geng Kita dianjurkan selama dua hari bermula pagi tadi menyediakan berbagai aktiviti kepemudaan seperti pertandingan pin ball, motor lasak, sepak raga bulatan, klinik mororsikal, pertunjukan seni bela diri dan berbagai acara yang lain.

Selain itu, karnival turut menyediakan khidmat perubatan percuma, derma darah dan lain-lain kegiatan kebajikan dan kemasyarakatan.

Dalam ucapan perasmiannya Ustaz Nasaruddin mahu orang muda menjadi pencorak masyarakat bagi membentuk sebuah negara yang mengamalkan amar maaruf nahi mungkar.

”Sebagai orang muda kita nak tengok negara kita pada masa akan datang tak ada lagi kemungkaran dan kerosakan. Orang muda nak tengok negara yang baik dan sejantera yang mendapat keampunan tuhan,”katanya

Tambah Nasaruddin, sikap hipokrit pemimpin Umno yang sentiasa membuat tomahan terhadap perjuangan PAS dengan berbagai tuduhan bertujuan untuk menjauhkan masyarakat daripada PAS sudah berlalu.

Orang muda kita sudah bosan dengan sikap hipokrit Umno BN. Karnival ini bagi menjawab tuduhan kononnya PAS parti orang kampung, PAS parti primitif sedangkan keadaan yang berlaku sebaliknya. PAS kini mendapat sokongan seluruh lapisan masyarakat di seluruh negara.

Tak ada alasan bagi orang muda menolak perjuangan yang dibawa oleh PAS kerana Pemuda PAS menyediakan berbagai program yang melibatkan kegiatan kepemudaan termasuk aktiviti motor lasak.

Bagi yang meminati muzik pemuda menyediakan Alternatif Band Club, Cuma kita pastikan liriknya tidak bercanggah dengan tuntutan Islam. Begitu juga, yang berminat main bola sepak pemuda ada Alternatif Foob Ball Club, apa saja aktiviti lasak termasuk ekspedisi semuanya ada,”katanya.

SUMBER : http://www.pahangkini.net/berita/dewan-dewan/dewan-pemuda/129-ribuan-pemuda-pahang-banjiri-karnival-orang-muda-geng-kita

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...