KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Selasa, 30 Jun 2009

CALON MANEK URAI


Haji Fauzi Calon PAS Manek Urai

KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - Seorang peniaga, Haji Mohd Fauzi Abdullah, 50 diumumkan sebagai calon PAS bagi mempertahankan Dun Manek Urai malam tadi.

Pengisytiharan itu dibuat Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat pada ceramah di Kampung Manek Urai Lama, yang sendat dengan ribuan manusia.

Hadir sama Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Kawasan padang bola Manek Urai Lama sesak sejak petang lagi apabila penduduk tempatan dan petugas parti bertali arus menuju ke tempat ceramah.

Ketika diumumkan nama calon tersebut, suara takbir sambut menyambut mengiringi pengisytiharan tersebut. Kelihatan ramai yang setuju dengan ketokohan yang ditampilkan.

Biarpun Mohd Fauzi tinggal di Guchil, namun mempunyai keluarga yang ramai di Dun Manek Urai.

Mohd Fauzi mempunyai lima anak hasil perkongsian hidup dengan Aminah Mahmood.

Terbabit dengan PAS sejak muda lagi. Beliau juga Ketua Cawangan PAS di Bandar Kuala Krai, Pengarah MTD Guchil dan bekas Penyelia Dun Guchil.

Beliau juga anggota jawatankuasa PIBG Maahad Rahmaniah, Kuala Krai. Kelibatnya tidak jauh berbeza dengan Allahyarham Haji Ismail Yaacob kerana pergaulan yang luas.

Orang ramai mudah menemuinya di kedai-kedai kopi. Hampir kesemua penduduk di sembilan peti di Manek Urai mengenalinya.

Selasa, 23 Jun 2009

Selagi UMNO Wujud, Perpaduan Tidak Akan Tercapai


Isu kerajaan perpaduan ini makin hari menjadi semakin hangat. Saya sebenarnya tak nak lah ulas panjang-panjang berkenaan kerajaan perpaduan ni, lagipun sahabat-sahabat yang lain telah mengulas panjang lebar berkenaan isu ni. Saya lihat makin hari makin baik UMNO dengan PAS, bermacam-macam pujian diberikan kepada PAS. Syabas buat UMNO, satu kejutan kerana dah puas dengan maki hamun PAS kini memuji - muji pulak. Bila musuh dah berani memuji, sepatutnya kita kena lebih berhati-hati.

Boleh dikatakan pujian-pujian UMNO ini telah menenggelamkan kerja-kerja jahat mereka selama ini. Sebenarnya UMNO adalah masalah Melayu dan agama Islam yang kita semua cintai. Mereka juga masalah Cina dan India, serta kaum lain yang menghuni Malaysia. Mengundi UMNO BN adalah suatu kebodohan dan kejahilan. Sekiranya kita dapat hapuskan UMNO barulah kita boleh berbincang soal perpaduan. Selama mana UMNO ada di muka bumi Malaysia ini, selama itulah perpaduan tidak akan tercapai. UMNO adalah parasit kepada perpaduan di Malaysia ini.

Sejarah telah membuktikan UMNO adalah punca perpecahan perpaduan yang di bina oleh PAS. Setelah UMNO kuat, mereka kembali angkuh dan sombong. PAS disekat daripada terus berkembang dan memperjuangkan syiar Islam. MB Kelantan mahu dilantik oleh Kerajaan Pusat biar pun PAS memenangi kerusi terbanyak dalam pilihanraya di Kelantan. Akhirnya PAS yang tertekan, kehilangan sokongan dan Kelantan jatuh ke tangan UMNO hasil pengisytiharan MAGERAN pada tahun 1978. Peristiwa ini tidak mudah dilupakan oleh-oleh pendokong dan penyokong PAS sehingga ke saat ini.

Setelah peristiwa MAGERAN berlalu hampir 20 tahun, kini UMNO kembali dengan isu kerajaan perpaduan. Ucapan Tuan Guru Hj. Hadi pada muktamar yang lepas dimanipulasikan secukup-cukupnya oleh media jahat UMNO . Tujuannya hanyalah satu, ingin melihat PAS berpecah belahkan dalam Pakatan Rakyat dan kemudian PAS akan keseorangan. Kenyataan-kenyataan pemimpin UMNO yang beria-ria ingin mengadakan kerajaan perpaduan adalah retorik semata-mata tidak ubah seperti orang gilakan talak. Ini kerana yang benar tidak boleh bercampur aduk denganya batil. Orang-orang baik tidak boleh duduk sebumbung dengan orang-orang jahat..

http://addin77.blogspot.com/

BERSEMI UKHUWAH DIPUPUK KASIH


"Menolak Idea Kerajaan perpaduan"

SELASA, 23 JUN 2009 | 29 JAMADIL AKHIR 1430H

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Nik Mat petang ini mengumumkan menarik balik kenyataannya menggesa Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa meninggalkan PAS dan meletakkan jawatan ahli parlimen Bachok jika menyokong cadangan kerajaan perpaduan dengan Umno.

Nik Abdul Aziz yang juga menteri besar Kelantan menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dibaca selepas satu perjumpaan khas hampir dua jam, mulai 5 petang tadi di pejabat agung PAS di ibunegara.

Berikut adalah kenyataan penuh Nik Aziz:

"Setelah berbincang dari awal hingga akhir dalam perjumpaan khas yang diadakan di pejabat agung (PAS) dalam semangat kekeluargaan bagi menangani permasalahan dalam beberapa isu politik semasa, yang dibesar-besarkan oleh media perdana, kami akhirnya bersetuju sebulat suara melupakan prihal salah tanggapan antara pimpinan atasan parti akibat daripada permainan politik parti Umno.

"Kami bersama-sama dalam satu saf yang padu, untuk terus bersama-sama memperjuangkan keazaman PAS bagi mendaulat Islam di persada tanahair.

"Kami juga bersetuju sebulat suara bahawa kerajaan perpaduan diberhentikan serta merta seperti yang telah diputuskan oleh Presiden PAS bersama Pakatan Rakyat dalam satu kenyataan bersama di bangunan Parlimen jam 2.30 tadi yang menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan.

"Oleh yang demikian, selaras dengan itu, saya selaku Mursyidul Am PAS menarik balik segala kenyataan saya terhadap YB Ustaz Nasharuddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS dan dengan itu, ianya tidak berbangkit lagi."

Perjumpaan khas itu turut dihadiri oleh Nasharuddin, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden - Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar - Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, bekas naib presiden, Ahmad Awang, Ketua Dewan Pemuda, Nasruddin Hassan dan Ketua Muslimat Nurida Salleh.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...