KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Sabtu, 8 Januari 2011

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS : MASA UNTUK BERUBAH

DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

KENYATAAN MEDIA
4 Januari 2011 / 29 Muharram 1432
(No rujukan : PAS/DPPP/2.07(01/11)

TAJUK

HIMPUNAN 30 RIBU PEMUDA PAS : MASA UNTUK BERUBAH


Dewan Pemuda PAS Pusat bakal mencatatkan satu lagi sejarah penting, apabila satu himpunan besar akan diadakan bagi mengumpulkan para pemuda PAS di seluruh negara. Himpunan ini sebagai persediaan awal pemuda berhadapan dengan pilihan raya Umum ke-13 yang semakin hampir. Perhimpunan ini merupakan perhimpunan kali ke-3 selepas perhimpunan pertama di Markas Tarbiyyah PAS di Taman Melewar pada tahun 2002 yang mengumpulkan seramai 5 ribu Pemuda PAS dan Himpunan kali kedua di Kota Bharu, Kelantan yang berjaya mengumpulkan 15 ribu Pemuda PAS dari seluruh negara.

Himpunan 15 ribu pemuda yang dirancang dan dijayakan pada tahun 2006 telah meletakkan tanda aras serta ukurannya melalui sistem Komuniti UKJ yang dibangunkan setahun sebelum itu. Seramai 5 orang pemuda di setiap cawangan yang telah didaftarkan melalui Sistem Komuniti UKJ telah menyertai Himpunan tersebut.

Kini, 4 tahun telah berlalu dan satu himpunan telah dirancang dengan jangkaan peserta sekali ganda lebih besar dari jumlah pada tahun 2006 (30,000 pemuda). Kali ini sasarannya lebih luas dan umum dengan mengharapkan penyertaan anak-anak muda khususnya ahli-ahli baru dan anak-anak muda yang menyokong PAS dari seluruh pelusuk kawasan di dalam negara, sasaran 30,000 pemuda boleh direalisasikan. Sebagai nilai tambah kepada kekuatan pemuda, himpunan ini juga turut melibatkan anak-anak muda yang telah mendaftarkan diri di dalam Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).

Dengan bertemakan "Masa Untuk Berubah" himpunan bersejarah 30 000 pemuda ini akan diadakan pada 19 Februari 2011 (Sabtu) bersamaan 16 Rabiulawal 1432 Hijriah bertempat di Kota Sarang Semut, Kedah Darul Aman.


Ia akan berlangsung selama sehari bermula jam 8.00 pagi sehingga 6.30 petang. Perasmian akan dirasmikan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato Seri Ust Azizan bin Abd Razak, dan ditutup oleh Timbalan Presiden PAS, YB Ust Nasharudin Mat Isa. Mantan pimpinan Pemuda PAS Pusat seperti Ustaz Abu Bakar bin Chik, Tuan Haji Mohamad bin Sabu, YB Tn Hj Mahfuz Omar, YB Hj salahuddin Ayub dan lain-lain akan turut bersama meraikan program ini.

Pelbagai aktiviti menarik seperti pertunjukan motosikal, klinik bola sepak, dan pameran pemuda juga bakal diadakan dalam program itu. Satu perlawanan bola sepak yang akan menemukan pimpinan Dewan Pemuda PAS dengan bekas pemain Bola sepak Kebangsaan akan diadakan pada sebelah petang.

Khairul Faizi bin Ahmad Kamil
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Pusat
Pengarah Himpunan 30 Ribu Pemuda PAS

Khamis, 16 Disember 2010

UPEMUDA HULUR SUMBANGAN TAHUN BAR

16 Disember 2010, Khamis - Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau beserta rombongannya sekitar 20 orang pada hari ini telah turun ke kawasan di DUN Kerdau menyampaikan sumbangan sempena tahun baru ini.

Program sumbangan kebajikan ini "Sekilo beras dan sekampit gula" telah menerima sumbangan orang ramai di sekitar Jengka dan Kerdau dan berjaya di sampaikan kepada beberapa golongan yang kurang bernasib baik di Kampung Badok, Teluk Sentang, Desa Purun, Batu Sawar dan Kg Dato Shariff.

beberapa ahli rombongan yang turut serta menyampaikan sumbangan..

Us Shahril ketika sedang menghulurkan sumbangan...

Kelihatan salah sebuah rumah kayu yang usang...di manakah pembelaan terhadap mereka?

Terima kasih la kepada semua...

Sebahagian ahli Jabatan Amal yang turut serta..

"Makcik x dengar dah ni, cakap kuat sikit yer..."

Semua mereka sekitar 45 buah rumah telah menerima sekampit beras dan sekilo gula. Sumbangan telah di sampaikan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau, Al-Fadhil Ustaz Shahril Azman Abdul Halim Al-Hafiz.

Beliau yang juga merupakan Timb. Ketua Pemuda PAS Pahang bersama-sama sekitar 20 pemuda termasuk ahli jabatan Amal Kuala Krau, pemuda Jengka dan Kerdau menyampaikan sumbangan tersebut bermula jam 9.30 pagi dan tamat sekitar jam 2 petang.

Mereka gembira dengan kedatangan romobongan pemuda PAS..Terima kasih banyak2 la yer..

Sebuah rumah sebesar sebuah bilik di Teluk Sentang. Itu lah bilik, dapur, ruang tamu dan lain-lain...

Beliau mengucapkan terima kasih kepad semua yang terlibat menjayakan program kebajikan pada kali ini. Semoga usaha kita mendapat ganjaran di sisi Allah.

Beliau juga berharap supaya pihak berwajib dapat "turun padang" melihat nasib rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada yang memerlukan terutama kepada pihak kerajaan yang wajib membela nasib rakyat dan bukan hanya memilih "bulu".

Rabu, 17 November 2010

Pemuda agih daging korban di perkampungan orang asli

Us Shahril Azman (ketua pemuda Pas kawasan kuala krau) menyampaikan daging korban

17 November - Kuala Krau, Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Krau pada hari ini berjaya mendekati masyarakat muslim orang asal di Kg. Pasu. Rombongan DPP Kuala Krau seramai 26 orang tiba di kampung tersebut sekitar jam 5.30 ptg telah di sambut baik oleh tok Batin Rahman dan wakil masyarakat Muslim, Kaya yang menunjukkan jalan kepada kami.

Sebanyak lebih kurang 60 buah keruarga telah menerima bungkusan daging serta beberapa orang dari kalangan mereka yang berselisih di jalanan juga turut menerima daging tersebut.

Turut kelihatan petugas-petugas Unit Amal membantu dalam misi ini..

Selain itu, kami juga turut mengedarkan risalah tentang Islam kepada semua masyarakat di sana. setiap yang kami jumpa samada di rumah, di padang, di jalanan, di kedai kami sampaikan risalah tersebut.

kanak-kanak orang asal sedang menerima duit raya dari DPPK Kuala Krau

Di samping itu, kami juga menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak yang kami temui di sana. Kami berharap agar ramah mesra kami bersama mereka walaunpun dalam masa yang begitu singkat akan memeberi makna kepada masyarakat di sana sempena hari raya Aidiladha ini.

Kelihatan ceria wajah mereka apabila menerima daging tersebut...

ini daging korban yer, balik masak & makan bersama keluarga...

Kanak-kanak sedang memegang sampung berisi duit raya.Tok Batin Rahman sedang menerima daging korban. beberapa urusetia ahli rombongan turut bergambar....

Dewan pemuda PAS Kawasan Kuala Krau mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pemuda-pemuda dan ahli rombongan yang juga uruseta di atas kerjasama menjayakan program agihan daging korban di Kg. Pasu ini. Semoga Allah menilai usaha kita ini sebagai amal jariah di bulan yang baik ini. Takbir!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...