KULIAH DHUHA MINGGUAN SETIAP SABTU 9.30 PAGI DI DARUL HIKMAH KERDAU. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Ahad, 27 Disember 2009

Pertandingan Kereta Kontrol 09 ; Berjaya Dekati golongan Muda

Peserta dan urusetia bergambar di akhir pertandingan

Bandar Jengka, 27 Disember 2009 - Pertandingan Kereta Kontrol '09 julung kalinya di adakan di Bandar Jengka telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Penyertaan daripada golongan Remaja dan pemuda menunjukkan program ini mendapat sokongan daripada semua pihak.

Program ini telah dirasmikan oleh Al-Fadhil Us Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga merupakan Pesuruhjaya PAS Pahang.

Dalam ucapannya, beliau menyatakan program seperti ini begitu baik untuk menarik minat para remaja dan pemuda di samping mewujudkan persaingan yang sihat. Program ini juga dapat menyelamatkan remaja dari terlibat dengan aktiviti yang tidak berfaedah.

Turut hadir dalam majlis perasmian ialah En Shafie Bin Md. Esa, Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kaw. Kuala Krau merangkap Ketua Pemuda Dun Jengka. Beliau yang juga penyelaras program ini amat berharap agar program seperti ini dapat dijalankan lagi pada masa akan datang.

Tempat pertandingan dipenuhi dengan penonton-penonton yang datang dari penduduk sekitar Dun Jengka.



Pengarah program, Abg Jais (Jengka 19) mengucapkan ribuan terima kasih kepada Dewan Pemuda PAS Kaw. Kuala krau, Pemuda Dun Jengka, urusetia program, penyumbang hadiah dan cenderamata serta kepada mereka yang terlibat samada secara langsung atau tidak dalam menjayakan program ini. Semoga Allah membalas jasa baikk kalian.

Program ini bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada jan 12.30 tengahari. - SU DPPK.

Selasa, 22 Disember 2009

Pertandingan Kereta Kontrol


PERTANDINGAN KERETA KONTROL

Tarikh :

27 Disember 2009 (Ahad)

Masa :

9 - 11.30 pagi
Tempat :

Dataran Masjid Lama,
Rantau Perintis, Bandar Jengka.


Anjuran :

Kelab Remaja Jengka


MAKLUMAT LANJUT & PENDAFTARAN, SILA HUBUNGI :

0193763091 (Abg Jais) 0179847816 (Din)

Isnin, 21 Disember 2009

FORUM HIJRATUR-RASUL


FORUM MAAL HIJRAH

Ahli Panel :

Al-Fadhil Us Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden PAS / Pesuruhjaya PAS Pahang

Al-Fadhil Us Nasruddin Hassan Tantawi
Ketua Pemuda PAS Pusat

Moderator :
Al-Fadhil Us Shahril Azman Abd Halim Al-Hafiz
Timb. Ketua Pemuda PAS Pahang / Ketua Pemuda PAS Kaw. Kuala Krau

Tarikh :

29 Disember 2009

Tempat :

Dataran Kompleks PAS Pahang
Darul Hikmah, Kerdau

SEMUA DI JEMPUT HADIR..

Jumaat, 4 Disember 2009

Takziah

Seluruh DPPK Kuala Krau merakamkan ucapan takziah kepada
En Mohd Shafie Bin Esa
(Naib Ketua DPPK Kuala Krau)
di atas pemergian Ibu mertuanya
pada pagi 2 Disember 2009.

Al-Fatihah

Selasa, 1 Disember 2009

Pahang hampir pasti ditawan Pakatan Rakyat dalam PRU 13!

Lama juga tak menulis artikel untuk siaran. Maklumlah agak sibuk bekerja... Dulu di Terengganu, sekarang berhijrah kembali ke Pahang dengan bertugas sepenuh masa di arena politik di sini.

Selama sebulan bertugas di Pahang, penulis menerima banyak perkhabaran tentang politik Pahang. Walaupun hampir 2 tahun PRU 12 berlalu, "bara" api penentangan rakyat Pahang terhadap UMNO dan BN negeri ini masih belum padam-padam; Dengan kepimpinan UMNO dan BN masih lagi berada di takuk lama, sedangkan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada PKR, PAS dan DAP telah menampakkan komitmen masing-masing. Justeru itu, penulis penuh yakin dalam Pilihan Raya Umum ke-13 ini Pahang pasti akan dapat ditadbir oleh Kerajaan Pakatan Rakyat!!!

Selepas PRU 12 yang lalu nampaknya UMNO dan BN Pahang langsung tak kesah atau sengaja buat-buat tak tahu yang rakyat mahukan perubahan! Menteri Besar dan anggota EXCO berterusan merancang dan melaksanakan agenda pembangunan yang tidak mendasari hati nurati rakyat mereka sendiri.

Terkini, 42,000 ekar kawasan pembalakan di Sg Lembing, Kuantan diluluskan kerajaan negeri kepada ASPA dan MENTIGA, untuk apa??? Mengapa terlalu rakus diperlakukan begitu??? Ia dilihat bukan untuk meningkatkan pendapatan hasil negeri semata-mata, tetapi memenuhi kehendak nafsu serakah pimpinan di negeri ini.

Yang Berhormat Ahli Parlimen Kuantan, Puan Hajjah Fuziah Salleh secara terang dan berani mendedahkan berasaskan fakta sahih kelulusan kerajaan negeri dibuat tanpa melalui sistem yang ditetapkan (kajian EIA) oleh Badan atau Institusi yang berpaksikan kepada suara rakyat, iaitu Parlimen/DUN yang menggubal sesuatu undang-undang dan peraturan.

Jika benar kerajaan pimpinan UMNO dan BN prihatin, mengapa isu-isu besar yang mendasari kemahuan rakyat itu boleh terlepas pandang??? Kesan dan bahaya yang mungkin menimpa rakyat atau penduduk tempatan tidak diperdulikan!!! Banyak lagi isu-isu pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Adnan Yaakob tidak disenangi rakyat. Antaranya, tadbir urus negeri yang tempang, mengakibatkan negeri Pahang memasuki tahun ke-12 difisit bajetnya... Rakyat masih hauskan nikmat hasil negeri yang tidak diagihkan dengan sama rata, sebaliknya mereka dibebani dengan hutang kerajaan negeri yang dikatakan mencecah RM2 billion...

Tiada cukup asas pengetahuan tentang ekonomi dan pentadbiran adalah di antara punca Pahang gagal dibangunkan dan dimajukan oleh Menteri Besarnya. Seorang Menteri Besar sepatutnya bukan setakat dilihat bersih tapi mestilah melaksanakan perancangan dan pembangunan dengan cekap, berani serta amanah!!!

Berbalik soal desakan dan tuntutan rakyat Pahang yang masih belum dipenuhi oleh kerajaan UMNO dan BN Pahang, masa yang ada dirasakan terlalu suntuk. Hanya tinggal 2 tahun saja lagi... Bak kata Mantan PM, Tun Dr Mahathir, UMNO memang dah cukup parah! Parah separah-parahnya!!!Mana mungkin masa yang berbaki 2 tahun mencukupi untuk mereka tunaikan janji-janji politik setinggi langit tanpa sempadan???

Pahang kini benar-benar panas! Suhu politik Pahang turut dipanaskan lagi dengan desas-desus kononnya ramai di kalangan pimpinan UMNO di semua 14 Bahagian mahu melakukan reformasi dalaman, tetapi mengambil sikap tunggu dan lihat sahaja. Sama-samalah kita tunggu dan lihat nanti perubahan yang bakal berlaku di negeri ini...

Walau apa pun, yang pastinya, dengan kesepakatan Pakatan Rakyat Pahang dan di atas desakan rakyat Pahang sendiri, penulis cukup yakin Negeri Pahang adalah di antara negeri-negeri yang bakal ditawan oleh Pakatan Rakyat dalam PRU 13 nanti! Sama-samalah kita mendoakan...

Tranungkite

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...